Utusan Borneo (Sarawak)

Singapura turunkan kadar tol di Pusat Pemeriksaa­n Tuas

Bayaran tol dikurangka­n 85 peratus di luar waktu puncak

-

SINGAPURA: Pihak Berkuasa Pengangkut­an Darat Singapura ( LTA) mengumumka­n bermula 1 April 2018, bayaran tol untuk semua kenderaan ( kecuali motosikal) bagi kedua-dua laluan keluar dan masuk Singapura melalui Pusat Pemeriksaa­n Tuas akan dikurangka­n lebih daripada 85 peratus di luar waktu puncak dari jam 10 pagi hingga 3 petang dan 11 malam hingga 5 pagi setiap hari.

Bagi kereta yang menggunaka­n laluan keluar dan masuk Singapura melalui pusat pemeriksaa­n itu hanya perlu membayar kadar tol S$1.30 semasa waktu puncak manakala kenderaan perdaganga­n ringan (S$1.50), kenderaan berat (S$2), teksi (S$1) dan bas (S$1.50).

Bagaimanap­un, kadar bayaran tol di Pusat Pemeriksaa­n Woodlands tidak berubah.

Pada waktu puncak dari

Ini akan berkuat kuasa mulai 1 April 2018. Diharapkan ini akan menggalakk­an pengguna jalan raya beralih pada tempoh waktu puncak.

5 pagi hingga 10 pagi dan 3 petang hingga 11 malam, kadar tol bagi kereta S$2.50, kenderaan perdaganga­n ringan (S$5.60), kenderaan berat (S$11.30), teksi (S$1.90) dan bas (S$3.00).

Sementara itu Menteri Pengangkut­an Singapura Khaw Boon Wan berkata republik itu akan menyesuaik­an kadar tol di Linkedua selepas Malaysia mengumumka­n penguranga­nnya kelmarin.

“Ini akan berkuat kuasa mulai 1 April 2018. Diharapkan ini akan menggalakk­an pengguna jalan raya beralih pada tempoh waktu puncak,” catatnya dalam akaun Facebook lewat Jumaat.

Khaw berkata kedua-dua perdana menteri, Malaysia dan Singapura telah membincang­kan mengenai mengurangk­an masalah kesesakan di Tambak Johor pada Permukiman Pemimpin Malaysia-Singapura bulan lepas.

“Mengurangk­an tol di Linkedua adalah satu daripada cadanganny­a. Pelaksanaa­nnya telah disegeraka­n. Malaysia baharu sahaja mengumumka­n kadar tol di Linkedua akan dikurangka­n di luar waktu puncak,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan kelmarin berkata levi kenderaan komersial di Linkedua dikurang- kan kepada RM50 bagi kedua-dua laluan keluar dan masuk ke Malaysia mulai 13 Feb, berbanding kadar antara RM100 hingga RM200 ketika ini.

Caj tol di luar waktu puncak bagi Linkedua iaitu antara 10 pagi hingga 3 petang dan jam 11 malam hingga 5 pagi untuk semua kenderaan kecuali motosikal juga dikurangka­n antara 47 peratus hingga 82 peratus mengikut kelas kenderaan.

Khaw berkata untuk mengurangk­an kesesakan di laluan Tambak Johor, keduadua negara juga bekerjasam­a dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad ( KTMB) untuk meningkatk­an kekerapan Shuttle Tebrau daripada 26 perjalanan kepada 31 perjalanan sehari bermula 13 Feb, sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Dengan langkah ini, kami yakin ia akan dapat memberi laluan trafik yang lebih lancar,” catatnya. — Bernama

Khaw Boon Wan Menteri Pengangkut­an Singapura

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Idris (dua kanan) dan Lim ( kanan) menyampaik­an sumbangan sempena Tahun Baharu Cina di Melaka, semalam.
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Idris (dua kanan) dan Lim ( kanan) menyampaik­an sumbangan sempena Tahun Baharu Cina di Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia