Utusan Borneo (Sarawak)

PPBM ‘bercelaru’ akibat kemelut dalaman kepimpinan parti

-

ALOR SETAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat sebagai sebuah ‘parti bercelaru’ yang tidak mampu untuk mentadbir negara berikutan kemelut dalaman yang berpunca daripada kepimpinan tertinggi parti itu sendiri.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata parti (PPBM) itu tidak boleh menyalahka­n sesiapa sebaliknya melihat kemelut yang berlaku itu berpunca daripada kepimpinan parti yang gagal untuk mengurus dan menyelesai­kan masalahnya yang berlaku.

“Kemelut parti itu bukan orang luar yang nampak.. tapi anggota PPBM sendiri yang nampak dan sebab itu ada yang buat laporan kepada Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) dan mereka keluar parti ramai-ramai bila tidak yakin lagi.

“Kecelaruan yang berlaku dalam parti itu memang jelas jadi tak akan kita nak bagi mereka kepercayaa­n. Rakyat perlu lihat dan menilai sendiri apa yang sedang berlaku dalam parti tersebut,” katanya selepas majlis Penyerahan 500 Basikal kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Kuala di sini, hari ini.

Sebelum ini, anggota PPBM mendesak ROS mempercepa­tkan siasatan dan mengambil tindakan kerana mereka mendakwa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan PPBM pada 30 Dis lepas tidak sah dan melanggar peraturan perlembaga­an parti.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menyifatka­n PPBM sebagai ‘parti huruhara’ berikutan kegagalan mengurus dan menyelesai­kan masalah yang berlaku.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad Bashah berkata beliau melihat isu pengagihan kerusi Parlimen dalam kalangan komponen parti pembangkan­g pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang dilihat berlarutan dan tidak akan selesai.

Sebelum ini, dalam pengagihan 165 kerusi Parlimen di Semenanjun­g Malaysia, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diperuntuk­kan paling banyak kerusi iaitu 52 kerusi, Parti Keadilan Rakyat ( PKR) dengan 51 kerusi, DAP (35) dan Parti Amanah Negara (Amanah) 27 kerusi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI BASIKAL: Ahmad Bashah (kiri) menyampaik­an sumbangan basikal kepada seorang pelajar pada majlis penyampaia­n basikal kepada para pelajar di SMK Simpang Kuala, Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama BERI BASIKAL: Ahmad Bashah (kiri) menyampaik­an sumbangan basikal kepada seorang pelajar pada majlis penyampaia­n basikal kepada para pelajar di SMK Simpang Kuala, Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia