Utusan Borneo (Sarawak)

Jadikan sambutan Tahun Baharu Cina tiupan semangat perpaduan jitu

-

MELAKA: Kerajaan negeri berharap agar kemeriahan Tahun Baharu Cina dapat dirasai oleh seluruh rakyat negara ini dan dijadikan sebagai tiupan baharu semangat perpaduan yang lebih jitu.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata kerajaan sedar bahawa rakyat Malaysia telah mengharung­i berbagai cabaran pada tahun ini.

“Kerajaan sentiasa berusaha menyatukan hubungan antara kaum, mengeratka­n perpaduan dan integrasi bagi mewujudkan kesatabila­n politik dan seterusnya pembanguna­n negara dapat dilaksana dengan jayanya.

“Kita perlu bersyukur kerana dapat hidup dalam negara yang aman dan makmur ini,” katanya yang ditemui selepas menyampaik­an sumbangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di Seri Negeri, semalam.

Katanya program yang melibatkan 1,950 penerima dan peruntukan sebanyak RM40,000 anjuran bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat itu bukanlah ’gula-gula pilihan raya’ sebaliknya ia diadakan setiap tahun bagi membantu mereka yang memerlukan.

Seorang penerima bantuan, Chua Boon Pok berkata kestabilan politik dan ekonomi negeri membolehka­n beliau dan keluargany­a terus ceria membuat persiapan menyambut tahun baharu nanti.

“Seperti tahun sebelumnya, saya dan keluarga membuat persiapan awal dengan belanja yang sederhana. Harapan saya, tuah tahun Anjing dalam kalender Cina akan memberi lebih keharmonia­n kepada rakyat negara ini,” katanya. yang berasal dari Machap Umboo, Melaka.

Beliau yang berasal dari Machap Umboo dan juga seorang peniaga kedai runcit mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan negeri kerana tidak pernah lupa memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan setiap kali musim perayaan.

Pelajar Sekolah Tinggi Cina Melaka, Tan Siew Choon pula berkata beliau bangga menjadi rakyat Malaysia kerana pemimpin sentiasa prihatin dengan kesusahan yang dialami rakyat.

“Sumbangan yang diterima ini sedikit sebanyak dapat menceriaka­n kami sekeluarga dalam membuat persediaan bagi sambutan tahun baharu,” katanya yang tinggal di Batu Berendam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia