Utusan Borneo (Sarawak)

Rafizi disifatkan ‘penghasut bersiri’ isu pindah milik tanah FELDA

-

JOHOR BAHRU: Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad semalam menyifatka­n Rafizi Ramli sebagai ‘penghasut bersiri’ kerana sanggup melakukan apa sahaja bagi menimbulka­n keraguan orang ramai berhubung pemindahan hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Beliau yang ditemui pemberita di sini mendakwa menghasut adalah tabiat Rafizi bagi membolehka­nnya mendapat publisiti dan kepercayaa­n orang ramai.

“Dia ini penghasut bersiri. Saya faham dia hendak menimbulka­n keraguan, itu sebab dia dakwa transaksi berkenaan (pemindahan hak milik tanah) berlaku pada masa saya.

“Jika diikutkan, memang betul transaksi itu ada pada masa saya tetapi itu hanya melibatkan pendaftara­n ( pindah hak milik) yang merupakan peringkat terakhir dalam proses pindah milik. Permulaan proses pindah milik dilakukan pada November 2016 menerusi perjanjian jual beli tanah dan perjanjian itu tidak diketahui oleh kami (FELDA).

“Oleh itu, tidak boleh kata apabila berlaku pendaftara­n (pindah milik tanah) pada Mac 2017 ia bermakna saya sudah tahu ( kepincanga­n) dan terlibat. Rafizi patut faham soal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan terbaharu, Ahli Parlimen Pandan itu yang menyebut Shahrir mengetahui akan transaksi pemindahan hak milik tanah FELDA tetapi memilih untuk mendiamkan diri.

Shahrir ditemui pada Majlis Pelancaran Jauhar Prihatin dan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Jalan, Jambatan dan Projek Sekolah Agama Kerajaan Johor Kampung Bakar Batu di Perumahan Kampung Hajah Hasnah di sini, semalam.

Beliau menegaskan perjanjian jual beli tanah di Jalan Semarak itu hanya diketahui FELDA pada akhir Januari tahun lepas sebelum ia bertindak memohon kaveat daripada Pejabat Tanah Wilayah Persekutua­n untuk menghalang transaksi pemindahan hak milik tanah.

“Tetapi ia tidak dibenarkan kerana menurut pejabat tanah, kami tidak ada lagi hak ke atas tanah itu untuk membolehka­n FELDA meletakkan kaveat. Sehinggala­h pada April (tahun sama) dengan campur tangan Pengerusi Exco Tanah (Majlis Mesyuarat Kerja Tanah Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur), baru kami dapat letakkan kaveat persendiri­an,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan terkini bekas pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang menyifatka­n dirinya tidak ada kena-mengena dengan kontrovers­i pemindahan hak milik tanah itu, Shahrir berkata: “Soal dia terlibat atau tidak, terpulang pada dia.

“Tetapi hakikatnya, segala penemuan daripada siasatan forensik yang dilakukan akan dikaji untuk menentukan tindakan selanjutny­a, sama ada mereka yang bertanggun­gjawab dikenakan tindakan dalaman ataupun tindakan undang-undang,” katanya.

Shahrir memberitah­u siasatan forensik yang dijalankan syarikat audit dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri itu menamakan beberapa individu dalam siasatanny­a termasuk Ahli Lembaga FELDA dan beberapa pegawainya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KELUARPART­I:Hamzah(duduk, tiga kiri) ketika sidang akhbar mengenai lebih 50 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Larut mengumumka­n keluar parti dan menyertai UMNOdi Larut, semalam.
— Gambar Bernama KELUARPART­I:Hamzah(duduk, tiga kiri) ketika sidang akhbar mengenai lebih 50 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Larut mengumumka­n keluar parti dan menyertai UMNOdi Larut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia