Utusan Borneo (Sarawak)

50 anggota PPBM larut keluar parti sertai UMNO

-

SELAMA: Seramai 50 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Larut yang diketuai bekas Penaja dan Setiausaha PPBM Bahagian Larut Shafie Mohd Khairy isytihar keluar parti dan menyertai UMNO semalam.

Shafie berkata mereka telah hilang kepercayaa­n terhadap kepimpinan dan perjuangan PPBM dan berasakan parti itu hanya memperjuan­gkan kepentinga­n individu tertentu yang ada dalam parti.

“Kami tidak mempercaya­i kepimpinan Pengerusi PPBM Perak (Ahmad Faizal Azumu) yang pelantikan ( Ahmad Faizal) adalah pengaruh DAP.

“Dalam kepimpinan PPBM Bahagian Larut sendiri, tidak pernah mengambil tahu masalah kami sepanjang kami menjadi ahli PPBM,” katanya pada sidang media khas di sini semalam.

Pada majlis itu kesemua 50 anggota PPBM menyerahka­n borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Larut Datuk Faizul Arby Mohd Shohor sambil disaksikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Shafie berkata mereka menyokong dan menyertai UMNO bukan kerana diberikan imbuhan, sebaliknya yakin bahawa UMNO sahaja yang akan menjaga kepentinga­n orang Melayu di negara ini.

Sementara itu, Hamzah berkata ada lagi kumpulan daripada PPBM yang akan menyertai UMNO dan beliau menerima mereka dengan hati yang terbuka.

“UMNO secara terbuka menerima sesiapa sahaja yang mahu menyertai parti. Mereka ( anggota PPBM) keluar parti bukan kerana apa-apa tetapi mereka melihat sikap perjuangan UMNO iaitu parti keramat yang benar-benar bantu rakyat dan membangunk­an negara,” katanya.

Hamzah berkata Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya mahu memperjuan­gkan nasib bangsa dan agama di negara ini, sebenarnya bercita-cita untuk menentukan masa depan anak-anak dan kroninya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia