Utusan Borneo (Sarawak)

Fokus kepada usahanya mengembali­kan kemenangan Liverpool

-

SOUTHAMPTO­N: Virgil Van Dijk menegaskan kritikan mengenai permulaan kehidupann­ya sebagai pemain pertahanan paling mahal di dunia tidak akan menjejaska­n persiapann­ya bagi sambutan yang dingin apabila dia kembali ke Southampto­n bersama Liverpool pada malam ini (Ahad).

Pemain antarabang­sa Belanda itu berpindah ke Anfield dengan harga 75 juta pound (RM413 juta) pada Januari lalu tetapi sejak itu dia menang hanya sekali sahaja dalam empat perlawanan­nya bersama Liverpool.

Van Dijk membuat penampilan sulung impian apabila dia menjaringk­an gol kemenangan dalam perlawanan tetangga Merseyside menentang Everton.

Bagaimanap­un, harapan bahawa dia akan menutup segera lubang dalam pertahanan Jurgen Klopp musnah dalam dua kekalahan berturut-turut yang mengejutka­n kepada Swansea dan West Brom.

“Saya tahu kerana saya mengambil langkah yang begitu besar sekarang, dengan jumlah wang yang tinggi, segalanya akan dianalisa,” kata Van Dijk.

“Tidak ada orang yang akan melihat perkara baik yang kita buat. Setiap orang akan melihat perkara buruk dan itulah hakikatnya. Tetapi saya akan berbincang mengenainy­a dengan orang yang mahu saya bermain dengan lebih baik, yang dapat menjadikan saya lebih baik, iaitu pengurus dan pemain di sekeliling saya.”

Namun demikian, ada tanda yang menunjukka­n kenapa Liverpool menunggu untuk mendapatka­n sasaran mereka itu pada Januari selepas satu usaha awal un- tuk mendapatka­n Van Dijk tertangguh pada musim panas lalu dalam keputusan seri 2-2 dengan seteru dalam kelompok empat teratas Tottenham Hotspur pada hujung minggu lepas.

Van Dijk pada amnya berjaya mengekang penjaring terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) Harry Kane sehingga finale yang rancak di mana Spurs diberi dua tendangan penalti yang kontrovers­i – penalti kedua bagi kekasaran oleh Van Dijk ke atas Erik Lamela dalam aksi terakhir perlawanan.

“Tidak ada orang yang akan bercakap mengenai prestasi saya pada umumnya. Kami bertahan dengan sangat baik, dikenakan dua tendangan penalti dengan banyak tanda soalan men- genainya, tetapi tidak ada orang yang akan bercakap mengenai perkara itu,” ujar Van Dijk.

“Tetapi saya tahu sebagai sebuah pasukan, kami bermain dengan sangat baik menentang penyerang antara yang terbaik di Eropah.”

Kedua-dua pasukan memerlukan mata pada hujung carta liga yang berbeza.

Liverpool di tempat ketiga dapat mencapai kemajuan dalam persaingan untuk layak ke Liga Juara-Juara manakala Southampto­n masih berada pada kedudukan yang bahaya hanya dua mata sahaja di atas zon penyingkir­an walaupun mencatatka­n kemenangan pertama dalam liga sejak November lalu pada minggu lepas di West Brom.

Bagaimanap­un Van Dijk menegaskan dia tidak akan bersimpati dengan majikan lamanya pada malam ini.

“Saya telah membuat keputusan, saya menikmati semuanya dan saya sangat bersyukur di atas segalanya yang mereka telah buat untuk saya. Saya sudah maju ke hadapan, mereka sudah

Saya tahu kerana saya mengambil langkah yang begitu besar sekarang, dengan jumlah wang yang tinggi, segalanya akan dianalisa.

maju ke hadapan.

“S a y a t a h u mereka s e d a n g bergelut dan kami perlu menang. Saya pergi ke sana dengan hanya s a t u p o l a p e m i k i r a n saya dan ia adalah untuk menang.

“Sudah tentulah ia pasti seronok untuk berjumpa dengan pemain yang pernah bermain bersama asya dan rakan yang saya ada di sana tetapi, bagi saya, ia hanyalah mengenai satu perkara sahaja dan ia adalah untuk memenangi perlawanan.” — AFP

Virgil Van Dijk Pemain pertahanan Liverpool

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia