Utusan Borneo (Sarawak)

Zlatan hampir pasti kembali, Man Utd kunjungi Newcastle

-

MANCHESTER: Zlatan Ibrahimovi­c hampir cergas semula manakala Manchester United (MU) cuba mengukuhka­n kedudukan mereka di tempat kedua dalam Liga Perdana Inggeris apabila mereka melawat Newcastle pada malam ini (Ahad).

Bekas penyerang Paris Saint-Germain itu telah bergelut untuk kembali ke tahap terbaik sejak dia mengalami kecederaan ligamen lutut krusiat dalam kemenangan ke atas Anderlecht dalam Liga Europa pada April tahun lepas.

Dia kembali bermain dalam perlawanan timbal menentang Newcastle di Old Trafford pada November lalu, perlawanan yang dimenangi 4- 1 oleh pasukan Jose Mourinho, tetapi tidak bermain lagi sejak hujung Disember ekoran kebimbanga­n mengenai lututnya.

“Zlatan mula berlatih bersama pasukan dua hari lalu,” kata Mourinho kelmarin

“Jadi dia sudah dua hari bersama pasukan dan semakin baik.”

M o u r - inho pasti amat berhati-hati dalam keputusann­ya un- tuk menurunkan­nya pada malam ini, walaupun skuadnya sebenarnya mempamerka­n kesihatan yang munasabah. Dua pemain pertahanan Eric Bailly dan Daley Blind dijangka akan pulih daripada kecederaan buku lali sebelum hujung Februari, tetapi pemain tengah Marouane Fellaini dijangka dapat bermain semula pada Mac apabila dia sudah pulih daripada pembedahan lutut. Kekalahan pada bulan lepas kepada Tottenham merupakan satu- satunya perkara yang mencemari MU pada 2018 setakat ini, tanpa dibolosi sebarang gol dalam enam perlawanan piala dan liga setakat ini pada tahun ini, yang mereka menangi semuanya. Kemenangan 2-0 ke atas Huddersfie­ld pada minggu lepas, di mana pemain baharu Alexis Sanchez menonjol, membantu MU mengurangk­an sedikit kelebihan besar Manchester City, walaupun j u r a n g masih 13 mata seb e l u m j a d u a l perlawanan pada h u j u n g m i n g g u ini. Mengatasi jurang itu dalam 12 perlawanan adalah satu tugasan yang hampir mustahil tetapi pemain p e r t a h a n a n Antonio Valencia telah menjelaska­n bahawa MU mesti terus berjuang, walaupun hanya untuk melengahka­n perkara yang mungkin tidak dapat dielakkan.

Valencia merujuk kepada perebutan kejuaraan yang menakjubka­n pada 2012, apabila MU mendahului dengan kelebihan lapan mata dengan baki enam perlawanan lagi tetapi pada akhirnya melepaskan kejuaraan kepada Manchester City pada hari terakhir.

Harapan terbaik MU untuk memenangi trofi pada musim ini mungkin Piala FA, di mana MU akan melawat Huddersfie­ld untuk perlawanan pusingan kelima pada hujung bulan ini, manakala mereka menentang Sevilla pada peringkat 16 terakhir dalam Liga Juara-Juara.

Islam Slimani dijangka akan membuat penampilan sulung bersama Newcastle sebagai pemain pinjaman dari Leicester selepas penyerang Algeria itu pulih daripada masalah paha.

Pasukan Rafa Benitez berisiko kembali segera ke liga Kejuaraan ekoran kekalahan dalam lapan perlawanan berturut-turut dalam liga sejak kemenangan terakhir mereka di stadium sendiri pada hujung Oktober lalu.

Kegagalan untuk mengalahka­n pasukan MU yang tewas hanya sekali sahaja dalam 13 lawatan mereka pada masa lalu ke St James’s Park akan menyaksika­n pasukan tuan rumah mencatatka­n rekod terburuk di tempat sendiri dalam tempoh hampir 19 tahun. — AFP

 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia