Utusan Borneo (Sarawak)

Ligue 1: Marseille gagal meraih tiga mata

-

PARIS: Aksi cemerlang penjaga gol pada minit akhir menafikan gol kedua untuk Florian Thauvin dan tiga mata untuk Marseille (OM) apabila Saint-Etienne bertarung untuk mencatatka­n keputusan seri 2-2 dalam Ligue 1 kelmarin dengan satu kesilapan penjaga gol pasukan pelawat yang menjadi saat penting dalam perlawanan itu.

Keputusan itu bermakna Paris Saint Germain berada 10 mata di hadapan sebelum mereka melawat Toulouse semalam dan bebas untuk memberi tumpuan kepada perlawanan menentang Real Madrid dalam Liga JuaraJuara pada pertengaha­n minggu akan datang.

Thauvin meledakkan rembatan kaki kiri dari tendangan lintang yang mencecah sudut bawah gol Stephane Ruffier pada minit keempat selepas pemain yang menjaganya tergelinci­r di atas salji.

Namun Kevin MonnetPaqu­et kemudian tenang untuk menolak rembatan teliti melepasi penjaga gol OM Steve Mandanda dan Luiz Gustavo pada minit kesembilan untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Ruffier sekali lagi memainkan peranan penting apabila dia lari keluar dari gawangnya ketika Valere Germain mendekatin­ya dan merembat bola ke tempat selamat ketika jaringan kelihatan lebih berkemungk­inan.

Namun Marseille sekali lagi mendahului pada minit ke-20 apabila rembatan kencang Morgan Sanson mencecah belakang jaring.

Perlawanan berubah apabila penjaga gol Marseille, Steve Mandanda, mengalami kecederaan dengan satu tendangan gol, dan keluar padang dengan memegang pahanya.

Satu kesilapan besar oleh penjaga gol simpanan Yohann Pele membolehka­n pasukan tuan rumah untuk kembali apabila dia gagal mencapai bola hantaran lintang sebelum pemain gantian Robert Beric menolak bola ke dalam gol dengan dadanya pada minit ke-74. — AFP CARI RUANG: Sebahagian daripada babak- babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara Saint-Etienne dan Marseille di Saint-Etienne.

 ??  ?? GALAS CABARAN: Peserta mewakili Sarawak pada Kejohanan Badminton MSSM di Negeri Sembilan pada Mac nanti.
GALAS CABARAN: Peserta mewakili Sarawak pada Kejohanan Badminton MSSM di Negeri Sembilan pada Mac nanti.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia