Utusan Borneo (Sarawak)

18 pelajar terpilih menggalas cabaran Sarawak Bakal berentap pada kejohanan Badminton MSSM di Negeri Sembilan pada 20-24 Mac depan

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Seramai 18 orang pelajar terpilih menggalas cabaran Sarawak pada kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolahsek­olah Malaysia (MSSM) di Negeri Sembilan pada 20 hingga 24 Mac depan.

Keputusan pemilihan itu dilakukan sebaik sahaja Kejohanan Badminton Majlis Sukan Se- kolah-sekolah Sarawak (MSSS) berlangsun­g di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Sarikei melabuhkan tirai petang kelmarin.

Sebanyak sembilan bahagian menghantar peserta masingmasi­ng berentap bagi memburu tempat pada kejohanan berlangsun­g tiga hari itu.

Sebanyak 13 kategori dipertandi­ngkan iaitu Perseor- angan Lelaki (12PL), Perseorang­an Lelaki (15PL), Perseorang­an Lelaki ( 18PL), Perseorang­an Wanita (12PW), Perseorang­an Wanita (15PW) dan Perseorang­an Wanita (18PW).

Beregu Lelaki (12BL), Beregu Lelaki (15BL), Beregu Lelaki (18BL), Beregu Wanita (12BW), Beregu Wanita (15BW) Beregu Wanita ( 18BW) dan Beregu Campuran (18BC).

Peserta-peserta terpilih ialah Adrienne Chan dari Miri, Andy Ngu ( Sibu), Barrie Chong ( Kuching), Bernard Russel Bayan (Miri), Angel Chin (Miri) Danny Lee (Samarahan), Dexter Ong (Kuching), Flora Fong ( Kuching) dan Genevie Lim (Kuching).

Turut terpilih Jordan Lee (Sibu), Joshua Voon (Kuching), Kashley Kho (Kuching), Lei Yi Ling (Sarikei), Lloyderyen­a Xalfira Simon (Miri), Marrion Chiew Magdalen (Sarikei), Olivia Hiu (Kuching), Pui Wee Young (Kuching) dan Shawn Hiu (Kuching).

Hadir menyampaik­an hadiah kepada pemenang ialah Pegawai Pendidikan Unit Sukan Negeri Sarawak, Mohamad Ann dan Pengetua SMK Tinggi Sarikei, Ting Sing Teck.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia