Utusan Borneo (Sarawak)

Miri dominasi Kejohanan Skuasy MSS Sarawak 2018

-

KUCHING: Miri mendominas­i Kejohanan Skuasy Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sarawak yang berakhir Khamis lalu di Pusat Skuasy Sarawak, Petra Jaya di sini selepas merangkul empat daripada enam kategori dipertandi­ngkan.

Pasukan itu mengunggul­i kategori remaja lelaki dan wanita bawah 12 tahun termasuk wanita bawah 15 dan 18 tahun.

Mereka turut menduduki tempat kedua dalam kategori lelaki bawah 18 tahun dan ketiga dalam kategori lelaki bawah 15 tahun untuk mengumpul 332 mata.

Sibu muncul juara kategori lelaki bawah 15 tahun dan ketiga dalam kategori lelaki bawah 18 tahun sementara Kuching menjuarai lelaki bawah 18 tahun dan kedua dalam kategori lelaki bawah 15 tahun.

Dalam kategori lelaki bawah 12 tahun, pemain Miri - Harith Danial Jefri menyingkir­kan rakan sepasukan, Wong Lee Hong manakala Yung Shi Yuan menjinakka­n Adrian Gerard Harith 3-2 untuk tempat ketiga.

Miri menguasai pentas final wanita bawah 15 tahun menyaksika­n Claudia Yong menewaskan Iris Cheng 31 sementara Chloe Chieng menundukka­n Zoe Ting 3-0 untuk merangkul kejuaraan bawah 12 tahun.

Nathan Kueh menghadiah­kan gelaran keempat buat Miri dengan mengatasi Clifford Tay dari Kuching 3-0 dalam kategori lelaki bawah 18 tahun.

Dalam pada itu, Kuching meraih satu-satunya gelaran selepas Gregory Chan menewaskan Caleb Lau dari Sibu dengan 3-0 dalam acara lelaki bawah 15 tahun.

Sibu membawa pulang sebutir emas selepas Agatha Cheng berjaya mengatasi Mandy Wong dari Miri 3-2.

Kejohanan anjuran MSS Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuching selaku tuan rumah bagi memilih pemain- pemain mewakili negeri pada Kejohanan MSSM di Melaka pada bulan depan.

K e t u a P e n g u r u s a n Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Kuching, Silvester Roy menyampaik­an hadiah kepada pemenang sekali gus menutup kejohanan.

 ??  ?? JUARA: Pengurus pasukan Miri, Yong Chew Loo (berdiri dua kanan), pegawai dan pemain-pemain meraikan kejayaan mereka merangkul juara.
JUARA: Pengurus pasukan Miri, Yong Chew Loo (berdiri dua kanan), pegawai dan pemain-pemain meraikan kejayaan mereka merangkul juara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia