Utusan Borneo (Sarawak)

HAS pelawa pemain-pemain sertai sesi ujian

-

KUCHING: Persatuan Hoki Sarawak (HAS) mempelawa pemain-pemain yang layak dan berminat menyertai sesi ujian lelaki dan wanita diadakan di Stadium Hoki Sarawak, Jalan Padungan di sini pada 24 dan 25 Februari ini.

Ujian itu diadakan dalam dua sesi iaitu dari jam 7 hingga 11 pagi dan disambung dari jam 3 hingga 6.30 petang.

Ketua Jurulatih Sarawak, C. Sivasubram­aniam berkata ujian dikendalik­an oleh beberapa jurulatih itu bagi mengenal pasti dan memberi peluang kepada pemain-pemain yang tidak dicungkil semasa klinik kejurulati­han sebelum ini mewakili Sarawak pada SUKMA 2018 di Perak.

“Ujian secara terbuka ini diadakan buat pertama kalinya dan sebelum ini kita hanya me- manggil pemain-pemain yang dikenal pasti dari pertanding­an atau klinik kejurulati­han.

“Kali ini, kita mahu bersikap adil dan memberi peluang kepada mereka yang terlepas pandang kerana mereka mungkin telah meninggalk­an persekolah­an selepas Tingkatan 5 atau bekerja.

“Kita mahu mempunyai kumpulan pemain- pemain yang besar walaupun mengenal pasti 30 pemain untuk membentuk skuad bayangan yang kita pilih semasa klinik di Sibu, Miri, Mukah dan Betong sebelum ini.

“Pasukan hoki kita memerlukan pemain ramai bagi menampung kekurangan sekiranya ada pemain tidak dapat bermain kerana SUKMA 2018 berlangsun­g hampir dengan peperiksaa­n SPM dan sesetengah ibu bapa mahu anak-anak mereka memberi tumpuan terhadap pelajaran,” jelas Sivasubram­aniam.

Beliau turut memberitah­u senarai final 24 pemain hoki Sarawak akan diketahui pada April depan dan skuadnya akan menjalani latihan berpusat di Perak.

Untuk rekod, Sarawak mengekalka­n seramai sembilan pemain yang bermain pada SUKMA 2016.

Untuk rujukan, hubungi Murthy (016-3693029) atau Sunil (016-8666609).

 ??  ?? SIVASUBRAM­ANIAM
SIVASUBRAM­ANIAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia