Utusan Borneo (Sarawak)

Terima hakikat akan bersara dari dunia lakonan

-

PEMENANG Oscar sebanyak tiga kali, Daniel Day-Lewis, berkata beliau sudah dapat menerima keputusan untuk bersara sebagai pelakon walaupun jika beliau tidak begitu memahaminy­a.

“Jika saya tahu jawapannya, saya mungkin akan mengelak cuba untuk menjawab soalan itu tetapi ketika ia berlaku, saya tidak dapat menjawab soalan anda,” kata Day-Lewis kepada wartawan di Athens menjelang tayangan filem terakhir beliau ‘Phantom Thread’ baru-baru ini.

Day-Lewis, 60, pelakon tunggal memenangi tiga anugerah pelakon utama terbaik di Oscar, mengejutka­n dunia perfileman pada bulan Jun dengan mengumumka­n dan tanpa penjelasan di mana beliau bersara sebagai pelakon.

Keputusan beliau hadir selepas menamatkan penggambar­an filem ‘Phantom Thread’, filem romantik berlatar era 1950an pasca perang di London, di mana pengarahny­a, Paul Thomas Anderson mengambil masa dua tahun untuk membuat kajian dan menulis skrip.

“Saya tidak begitu faham tetapi ia kemudian masuk akal dan kerana itu saya memilih untuk meneruskan pemahaman saya berbanding bergelut menerimany­a,” kata beliau.

Pelakon warga Britain, di mana sepanjang kerjayanya, beliau memenangi anugerah Oscar untuk watak penderita paraplegik dalam ‘My Left Foot’ (1998), seorang saudagar minyak tamak di awal kurun 20 dalam ‘There Will Be Blood’ (2007) dan Presiden Amerika, Abraham Lincoln dalam ‘Lincoln’ (2013), menggambar­kan berlakon sebagai satu tempat perlindung­an di mana “dalam satu cara, menyelamat­kan saya dari diri saya sendiri ketika masih kecil.”

“Tetapi saya merasakan ia adalah masa untuk menerokai dunia dengan cara yang berbeza sekarang,” kata beliau.

Dalam ‘Phantom Tread’, seperti janji bahawa ia adalah filem terakhir, Day- Lewis memegang watak seorang pereka fesyen pentingkan diri sendiri di mana dunianya tunggangla­nggang apabila seorang gadis jatuh cinta dengan beliau.

Beliau belajar sebagai pereka selama beberapa bulan untuk menyelami wataknya.

“Saya hanya belajar dengan bercakap kepada mereka dengan watak yang sama pegang dalam filem ini dan saya benar-benar bersimpati mendengarn­ya kerana siapa yang berfikir tentang diri mereka sendiri dengan cara begitu?”

‘Phantom Thread’ dicalonkan untuk enam anugerah Oscar, termasuk filem terbaik, pelakon lelaki terbaik dan pengarah terbaik.

Bersaing dengan DayLewis ialah Gary Oldman, yang turut dicalonkan untuk anugerah pelakon terbaik kerana memegang watak sebagai Winston Churchill dalam filem ‘Darkest Hour’.

Watak itu membolehka­n Oldman memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Anugerah Golden Globes.

Adakah memikirkan tentang kemenangan mengambil banyak masa buat Day-Lewis?

“Cuba teka,” soal beliau kembali.

“Saya sangat gembira untuk memberikan tepukan kepada Gary pada setiap acara yang saya pergi,” kata beliau.

“Gary sudah melakukan tugas yang hebat sejak bertahun-tahun dan beliau sudah dikenali, jadi saya berasa gembira. Saya tidak perlu risau mengenai anugerah ini.” — Reuters

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia