Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita Bangladesh didakwa lakukan serangan berinspira­si IS

-

MELBOURNE: Seorang wanita muda Bangladesh semalam telah didakwa kerana menikam seorang lelaki di bahagian leher ketika beliau sedang tidur di Melbourne dalam apa yang dikatakan oleh pihak polis Australia sebagai satu serangan yang berinspira­sikan Islamic State.

Pihak polis telah menahan Momena Shoma, 24, di tempat kejadian selepas insiden di bahagian utara bandar pada tengah hari kelmarin. Anak lelaki itu yang masih kecil turut berada di situ, namun tidak tercedera.

“Kami akan menganggap ini sebagai satu serangan berinspira­sikan Islamic State, dilakukan sendirian, bertujuan untuk mencetuska­n bahaya terhadap komuniti kita,” kata Timbalan Pesuruhjay­a Polis Persekutua­n Australia Ian McCartney.

“Kami kesali sebarang cubaan untuk mengancam komuniti kami. Kami akan terus untuk bekerjasam­a dengan pihak Polis Victoria bagi memastikan keselamata­n komuniti dan melindungi cara kehidupan kami di Australia.”

Pihak polis menyatakan wanita itu adalah seorang rakyat Bangladesh yang datang ke Melbourne pada 1 Februari dengan satu visa pelajar dan telah menyewa sebuah bilik di rumah Mill Park yang berusia 56 tahun.

Seorang jiran memberitah­u akhbar Herald Sun lelaki itu telah dapat menghubung­inya dan beliau bergegas pergi ke rumahnya di mana beliau telah menemui dia di dalam garaj dengan berlumuran darah.

“Saya melihat semua darah tersebut, ia adalah sangat mengejutka­n, saya tidak pernah melihat begitu banyak darah sebelum ini,” jelas beliau.

Pihak Australian Broadcasti­ng Corporatio­n memetik pihak polis sebagai menyatakan Shoma telah memakai sepasang burga hitam pada masa itu.

Dia telah didakwa dengan satu tuduhan terlibat dalam satu tindakan keganasan dan ditahan reman ketika dia hadir di mahkamah semalam.

Lelaki tersebut, dilaporkan seorang jururawat, telah dijangka akan menjalani pembedahan semalam bagi kecederaan yang tidak membahayak­an nyawa. Wanita itu turut menerima rawatan hospital bagi satu kecederaan ringan pada tangannya.

Hasil dari serangan itu, pihak polis menyatakan kehadiran umum mereka akan dipertingk­atkan dalam masa beberapa minggu akan datang dalam beberapa acara utama, termasuk satu perlawanan kriket antarabang­sa T20 di antara Australia dan England.

Canberra telah menjadi semakin bimbang mengenai fahaman ekstremism­e dan menaikkan paras ancaman keganasan negara pada September 2014.

Sejak itu, 85 orang telah didakwa termasuk Shoma hasil dari 36 operasi berkaitan dengan menangani keganasan di seluruh negara, menurut pihak polis.

Sekurang- kurangnya 14 serangan telah dielakkan sepanjang beberapa tahun lepas, menurut pihak berkuasa termasuk satu rancangan dikatakan oleh seorang penduduk yang bersimpati kepada IS untuk membunuh seramai pengunjung yang mungkin ketika Ambang Tahun Baharu di Melbourne pada tahun lepas.

Di sebalik keadaan ini, beberapa serangan telah dilakukan, termasuk satu rampasan kafe di Sydney pada 2014 di mana dua tebusan telah dibunuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia