Utusan Borneo (Sarawak)

Penipu bersiri dipenjara reka cerita keluarga maut dalam kebakaran

-

LONDON: Seorang penipu bersiri telah dipenjarak­an kelmarin selepas berpurapur­a bahawa keluargany­a terkorban dalam kemalangan kebakaran Grenfell Tower di London bertujuan untuk menuntut tabung bantuan.

Anh Nhu Nguyen, 53, telah dipenjarak­an selama 21 bulan di Mahkamah Tinggi Southwark di London.

Kempen penipuanny­a selama dua minggu melihat dia menerima kira-kira 11,270 dolar daripada badan kebajikan dan pihak berkuasa tempatan Majlis Kensington dan Chelsea.

Dia memberitah­u pegawai perhubunga­n keluarga bagaimana dia dan keluargany­a telah menutupi diri mereka dengan selimut dan tuala sebelum dia tidak melihat mereka di kawasan tangga yang diselubung­i dengan asap.

Dia mendakwa isteri dan anak lelakinya telah terkorban. Dia tidak mempunyai seorang isteri atau anak lelaki dan dia sebenarnya di kawasan lain di London.

Nguyen yang dilahirkan di Vietnam malah telah berjabat tangan dengan Putera Charles ketika pewaris takhta itu melawat sebuah pusat perlindung­an.

Nguyen telah menerima dua komputer riba, sebuah telefon bimbit, makanan, pakaian dan kelengkapa­n peribadi termasuk wang tunai.

“Kamu tahu sepenuhnya apa yang kamu telah lakukan, kamu tahu bahawa kamu telah mengambil kesempatan dari mangsa sebenar dalam masa yang sangat teruk akibat tragedi buruk itu,” hakim Philip Bartle berkata.

Nguyen telah berada di Britain sejak tahun 1980 dan mempunyai 17 nama lain.

Dia mempunyai 28 pensabitan sebelum ini bagi 56 kesalahan sepanjang tempoh lebih dari 30 tahun, 26 daripadany­a adalah melibatkan penipuan dan ketidakjuj­uran. Kesalahan Nguyen yang lain termasuk mencuri, membakar dengan niat dan membahayak­an kecederaan teruk.

Pada November, dia mengaku dua tuduhan bagi penipuan oleh perwakilan palsu dan satu tuduhan melakukan satu kenyataan tidak benar bagi tujuan untuk mendapatka­n pasport.

Bartle menyatakan Nguyen akan menjalani separuh dari hukumannya di dalam penjara. Dia telah pun menghabisk­an tujuh bulan di dalam tahanan, bermakna dia mungkin akan dibebaskan pada pertengaha­n Mei.

Kebakaran di sebuah blok kediaman di barat London telah meragut 71 nyawa.

Kebakaran, yang bermula dengan sebuah peti sejuk bermasalah di tingkat empat, telah membakar menara 24 tingkat di barat London pada awal pagi 14 Jun, marak dengan pantas hingga bahagian pelindung baharu di bahagian luar.

“Apa yang lelaki ini telah lakukan adalah sesuatu yang sangat bodoh,” menurut Kim Taylor-Smith, timbalan ketua majlis tempatan, sambil menambah bahawa mereka telah merujuk “beberapa kes penipuan” kepada pihak polis.

Anggota polis menyatakan dia telah bertindak keterlalua­n dengan mereka- reka ceritanya.

“Bukan sahaja Nguyen telah mengambil wang, rumah dan pakaian diperuntuk­kan untuk mangsa yang sebenarnya, dia telah membuang masa dan sumber pihak polis daripada mereka yang sangat memerlukan­nya,” menurut Pesuruhjay­a Detektif Matt Bonner.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia