Utusan Borneo (Sarawak)

Buktikan Malaysia tidak bersendiri­an perjuang nasib pekebun kecil sawit di ASEAN

-

KUALA LUMPUR: Thailand, pengeluar minyak sawit ketiga terbesar dunia, akan bekerjasam­a dengan Malaysia dan Indonesia untuk menolak usul Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan perdaganga­n terhadap minyak sawit sebagai sebahagian daripada perundanga­n rasminya.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, yang mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Perdaganga­n Thailand, Son- tirat Sontijiraw­ong, di sini, berkata kesediaan Thailand untuk bekerjasam­a juga menggambar­kan kesepakata­n serta ketegasan negara-negara pengeluar utama minyak sawit untuk menentang ketidakadi­lan dan penindasan berterusan Parlimen EU terhadap komoditi itu.

“Komitmen Thailand juga membuktika­n bahawa Malaysia tidak bersendiri­an dalam memperjuan­gkan nasib lebih tiga juta pekebun kecil sawit di rantau ASEAN dan usaha penentanga­n ini mendapat sokongan padu daripada negara- negara pengeluar minyak sawit lain,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Thailand dianggar mengeluark­an hampir 2.5 juta tan metrik minyak sawit tahun lepas.

Mah berkata negara-negara pengeluar minyak sawit utama ASEAN Indonesia, Malaysia dan Thailand akan menggunaka­n semua ruang yang ada untuk menentang sekatan yang diusulkan oleh Parlimen EU itu termasuk menerusi kerangka ASEAN.

Semasa mesyuarat tertutup itu, yang juga disertai pegawai eksekutif kanan dari keduadua kementeria­n tersebut, isu mengenai getah juga dibincangk­an, menumpukan berkenaan langkah-langkah untuk menstabilk­an harga pasaran getah dunia.

Mah memberi jaminan bahawa Malaysia akan patuh terhadap kouta eksport getah asli seperti yang dipersetuj­ui melalui Skim Jumlah Eksport Yang Dipersetuj­ui pada Mesyuarat Khas Negara-Negara Tiga Pihak Getah Antarabang­sa (ITRC) pada 22 Dis, tahun lepas.

Beliau berkata ketiga-tiga negara ITRC itu juga bersetuju untuk mengehadka­n eksport getah asli kepada 350,000 tan metrik bagi tiga bulan pertama 2018.

“Kesediaan negara-negara ITRC untuk mematuhi kouta yang diperuntuk­kan adalah penting bagi memastikan mekanisme ini dapat memberikan impak positif terhadap harga pasaran getah asli global,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia