Utusan Borneo (Sarawak)

Goodmode Equity lancar projek perumahan pertama di Negeri Sembilan

-

SEREMBAN: Goodmode Equity Sdn Bhd, syarikat pemaju perumahan, semalam melancarka­n projek perumahan pertamanya di Negeri Sembilan dengan nilai pembanguna­n kasar RM110 juta, iaitu Vila Bukit Negeri.

Pengerusi, Nik Mohd Nasir Nik Rithauddee­n berkata projek keseluruha­n itu merangkumi 383 unit hartanah termasuk rumah pelbagai jenis yang akan dibina di kawasan seluas 24.28 hektar dalam tempoh lima tahun.

“Untuk fasa pertama ini, kami akan membina 186 unit terdiri daripada 92 unit banglo setingkat, rumah berkembar setingkat (64 unit), rumah berkembar dua tingkat (16 unit) dan 14 unit kedai pejabat dua tingkat.

“Melihat keadaan pasaran hartanah sekarang dan fasiliti yang ada di sekitar kawasan ini, kami yakin dalam tempoh setahun kesemua unit dalam fasa satu akan habis dijual,” katanya kepada Bernama selepas pelancaran fasa satu Vila Bukit Negeri di sini, semalam.

Pelancaran itu disempurna­kan Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Seremban, Datuk Abd Halim Abd Latif.

Nik Mohd Nasir berkata setakat ini, 40 peratus daripada jumlah unit di fasa satu telah ditempah pembeli.

“Kami yakin akan terus dapat menarik minat pembeli kerana harga yang kami tawarkan sangat kompetitif. Bagi sebuah banglo bersaiz 50 kaki x 90 kaki, harga kami tawarkan tidak melebihi RM700,000.

“Lokasi kawasan ini juga sangat strategik, berdekatan dengan sekolah, stesen komuter Sungai Gadut, akses ke Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS) dan berhampira­n bandar Senawang yang mempunyai pelbagai kemudahan,” katanya.

Mengulas mengenai Dasar Perumahan Negeri Sembilan, Nik Mohd Nasir berkata syarikat sangat menyokong dasar tersebut yang mementingk­an pembinaan lebih banyak rumah mampu milik.

“Dasar yang kerajaan negeri tetapkan adalah untuk pemaju laksanakan, kita menyokong dan faham mengenai kehendak rakyat, jenis kediaman dan harga.

“Kami cuba membina rumah yang memenuhi kehendak rakyat dan kami tahu permintaan untuk rumah mampu milik sentiasa ada,” katanya.

Goodmode Equity, anak syarikat Kumpulan Cekap Arif Sdn Bhd yang berpusat di Pontian, Johor, berpengala­man lebih 30 tahun dalam pembanguna­n hartanah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia