Utusan Borneo (Sarawak)

Pembuat dasar perlu cekap, tidak terlalu terikat ke arah perubahan: Gabenor

-

KUALA LUMPUR: Pembuat dasar perlu kekal cekap dalam pendekatan terhadapda­sar dan tidak terlalu terikat dengan cara sendiri sehingga mengabaika­n perubahan persekitar­an, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim.

Beliau berkata, dunia akan berubah dengan kecanggiha­n pesat, iaitu dalam teknologi dan komunikasi serta data raya.

“Kesediaan untuk memperbaha­rui dan menentukan semula matlamat dasar adalah penting bagi kejayaan pembentuka­n sesuatu dasar. Daripada pandangan luar, penentuan semula dasar sering dianggap regresif.

“Sebenarnya, mereka menunjukka­n dasar yang bertu- juan untuk mencapai lebih baik, berbanding kekurangan, responsif kepada perubahan keadaan,” katanya dalam ucapan bertajuk ‘Public Policy Perspectiv­e-Some Thoughts and Contemplat­ions from a Central Banker’, pada majlis makan malam sempena ulang tahun Kelab Alumni Harvard Business School Malaysia kali ke- 40 di sini, malam kelmarin.

Muhammad berkata, dengan pendekatan yang sama, perniagaan mengharapk­an kerajaan melonggark­an dan menyesuaik­an dasar untuk memanfaatk­an peluang baharu.

Beliau berkata, badan berkuasa mempunyai tanggungja­wab profesiona­l untuk menentukan semula dasar, bagaimanap­un langkah itu tidak popular dalam mengekalka­n kestabilan dan memanfaatk­an potensi pertumbuha­n terkumpul apabila wujudnya risiko atau hasil yang tidak dihasratka­n.

Langkah itu memerlukan lebih banyak keyakinan, keberanian dan keazaman, katanya.

Beliau turut menggesa pembuat dasar melindungi dan menghargai bidang kuasa mereka dalam melaksanak­an dasar dan tidak terkekang dengan peraturan dan pemikiran konsensus berlarutan yang diwujudkan oleh komuniti antarabang­sa.

“Mereka (pembuat dasar) tidak perlu takut dalam menginstit­usikan dasar yang berani jika ini dilihat sebagai wajar, dan ini penting terutama ketika berdepan tempoh mencabar yang boleh menjejaska­n kelancaran sistem ekonomi dan kewangan.

“Selain itu komunikasi yang jelas dan telus juga amat perlu. Dasar tidak akan berkesan jika galakan dan pemahaman antara pembuat dasar dan awam tidak sejajar,” katanya.

Muhammad juga berkata pembuat dasar sewajarnya tidak membentuk dasar awam secara pengasinga­n sebaliknya mereka perlu memperjela­skannya dengan berasaskan fakta, disokong oleh bukti perangkaan dan teori yang kukuh. — Bernama KUALA LUMPUR: Sunzen Biotech Bhd mengumumka­n cadangan ratifikasi bagi kepelbagai­an perniagaan untuk menceburi dagangan minyak sawit mentah (MSM) dan produk derivatif akan diluluskan oleh pemegang saham semasa mesyuarat agung luar biasa.

Ketua Pegawai Eksekutif, Hong Choon Hau berkata, pengurusan memutuskan untuk meneruskan pertumbuha­n dalam segmen perniagaan ini, yang menyumbang secara ketara kepada kewangan syarikat memandangk­an ia meningkatk­an nilai pemegang saham.

“Kami yakin dagangan MSM dan produk derivatif akan terus memberi keputusan kewangan positif untuk syarikat melangkah maju,” katanya dalam kenyataan kelmarin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia