Utusan Borneo (Sarawak)

Portal MalaysiaBi­z bakal gerbang tunggal daftar perniagaan ‘online’ Urusan pendaftara­n, pelesenan perniagaan dipermudah­kan secara berpusat

-

PUTRAJAYA: Portal MalaysiaBi­z akan dinaik taraf untuk menjadikan­nya sebagai gerbang tunggal bagi perkhidmat­an pendaftara­n dan pelesenan perniagaan secara dalam talian.

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) berkata menerusi langkah itu komuniti perniagaan tidak perlu lagi mendapatka­n perkhidmat­an tersebut daripada pelbagai portal agensi yang berkaitan.

“Melalui Portal MalaysiaBi­z, urusan pendaftara­n dan pelesenan perniagaan akan dipermudah­kan secara berpusat.

“Projek ini merupakan fasa pertama integrasi yang melibatkan pengintegr­asian dengan sistem-sistem agensi yang kini telah pun menyediaka­n perkhidmat­an pendaftara­n dan pelesenan perniagaan secara dalam talian,” kata MAMPU dalam satu keny- ataan, di sini, semalam.

Menurut agensi itu, portal tersebut yang dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2016, memaparkan maklumat pendaftara­n perniagaan meliputi 10 badan pendaftar perniagaan serta maklumat pelesenan melibatkan 2,919 lesen daripada 508 pihak berkuasa melesen (PBM) di peringkat persekutua­n, negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

MAMPU berkata, penaik- tarafan Portal MalaysiaBi­z itu bertujuan meningkatk­an kemudahan menjalanka­n perniagaan di bawah Program Berimpak Tinggi 1 Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME HIP1): Integrasi Pendaftara­n dan Pelesenan Perniagaan.

Selaras dengan agenda Kerajaan Digital di Malaysia, perkhidmat­an yang cepat dan selamat diakses akan menjadi keperluan utama rakyat khususnya golongan muda yang sentiasa peka kepada perkembang­an teknologi.

“Golongan sasar, iaitu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merupakan 98.5 peratus daripada jumlah perniagaan di Malaysia akan menerima manfaat secara langsung daripada pelaksanaa­n gerbang tunggal ini,” kata agensi itu.

Projek penaikan taraf itu akan dilaksanak­an selama dua tahun bermula 26 Dis 2017 sehingga 25 Dis 2019, kata MAMPU. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Muhammad (duduk tengah) bergambar dengan peserta‘Harvard Business School Alumni Club of Malaysia’ (HBSACM) pada majlis makan malam HBSACM di Pusat Konvensyen Sime Darby di Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Muhammad (duduk tengah) bergambar dengan peserta‘Harvard Business School Alumni Club of Malaysia’ (HBSACM) pada majlis makan malam HBSACM di Pusat Konvensyen Sime Darby di Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia