Utusan Borneo (Sarawak)

Picturewor­ks memeterai perkongsia­n empat tahun dengan Ocean Park Corp

-

KUALA LUMPUR: Picturewor­ks, perkhidmat­an pengimejan foto untuk taman tema, telah memeterai perkongsia­n selama empat tahun dengan Ocean Park Corp, Hong Kong bagi penyediaan perkhidmat­an, sistem serta produk pengimejan digital secara menyeluruh ke atas fasiliti berkeluasa­n 915,000 meter persegi itu.

Picturewor­ks dalam satu kenyataan kelmarin, berkata kerjasama itu akan bermula pada 1 Jun 2018 sehingga 31 Mei 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif, Jenny Tay, berkata perkongsia­n eksklusif itu akan membolehka­n syarikat berkenaan membina kepakaran pengimejan dan teknologi yang lebih maju termasuk mengembang­kan kehadirann­ya ke dalam sektor peranginan dan pelanconga­n di rantau Asia Pasifik memandangk­an permintaan untuk pengimejan sedang meningkat.

Picturewor­ks berkata ia akan menempatka­n penyelesai­an pengimejan yang canggih dan buat pertama kali, Ocean Park akan menikmati teknologi pengecaman wajah yang baharu serta penyelesai­an PictureAir.

“Syarikat telah berjaya membangunk­an penyelesai­an pengimejan merentasi pelbagai taman tema dan tempat-tempat menarik di lebih daripada 30 kawasan dalam lebih daripada 15 buah negara. Keserasian mereka dengan platform media sosial yang popular telah berjaya menarik lebih daripada 150 juta pelanggan setahun,” katanya.

Picturewor­ks menggunaka­n kemajuan teknologi dalam pengimejan foto untuk memenuhi keperluan pengimejan digital yang sedang mendapat permintaan daripada taman tema, tempattemp­at tarikan dan acaraacara khas, ia juga mendapat permintaan yang besar daripada jenama terkenal seperti LEGOLAND Malaysia, LEGOLAND Jepun serta KidZania di banyak negara termasuk juga daripada taman-taman tema antarabang­sa yang utama.

Pada Disember 2017, syarikat senaraian Pasaran ACE Malaysia, PUC Bhd, yang memberi tumpuan kepada empat segmen perniagaan utama iaitu perkhidmat­an media bersepadu, e-dagang dan perkhidmat­an berkaitan eWallet, teknologi dan tenaga yang boleh diperbahar­u telah mengumumka­n cadangan pengambila­lihan kepentinga­n sebanyak 33 peratus ke atas Picturewor­ks, perniagaan baharu ini menandakan kemasukan PUC ke dalam bidang pengimejan.

Pengambila­lihan tersebut dijangka selesai pada suku kedua tahun ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia