Utusan Borneo (Sarawak)

Rangka kerja baharu sokong bandar raya hijau pada masa depan

-

KUALA LUMPUR: Bank Dunia dan Global Environmen­t Facility ( GEF) melancarka­n Rangka Kerja Kemampanan Bandar (USF) baharu untuk menyokong bandar raya yang lebih hijau pada masa hadapan di sesi kesembilan World Urban Forum (WUF9), semalam.

WUF9, yang berlangsun­g dari 7-13 Feb, 2019, diadakan di sini.

Bank Dunia dan GEF dalam satu kenyataan bersama semalam berkata, USF merangka enam dimensi utama kemampanan bandar – tadbir urus dan perancanga­n bersepadu; kemampanan fiskal; daya saing ekonomi; kecekapan alam sekitar dan sumber; pelepasan karbon rendah dan daya tahan; dan keterangku­man sosial.

Menurut kenyataan itu, rangka kerja tersebut merupakan kerjasama antara bandar raya, organisasi dan pakar yang menyumbang kepada pembanguna­nnya.

“Dokumen garis panduan baharu USF ini termasukla­h ‘Empat Peringkat Pendekatan’ bagi bandar raya untuk menambah baik status kemampanan mereka menerusi proses berikut: menetapkan visi dengan keutamaan, menentukan pembiayaan dan akhir sekali, memantau dan menilai kemajuan pelaksanaa­n projek mereka,” kata kenyataan itu.

Pengurus Praktis bagi Pembanguna­n Bandar Bank Dunia, Ming Zhang, berkata USF akan membantu bandar raya mengenal pasti aspirasi kemampanan mereka dan bagaimana mereka akan membiayai pelan pelaksanaa­n mereka.

“Satu aspek istimewa USF adalah ia menyediaka­n pilihan yang sesuai kaedah dan instrumens berpandang­an jauh yang digunakan bandar raya lain untuk membiayai dan melaksanak­an projek mereka dengan jayanya,” katanya.

Beliau berkata bandar raya boleh memahami dimensi kemampanan bandar USF dengan menggunaka­n “Rangka Kerja Pengukuran­nya”, yang termasuk pemilihan petunjuk yang akan membantu mereka memantau kemajuan matlamat kemampanan mereka, di samping membanding­kannya dengan bandar raya lain untuk menggalakk­an pendekatan bersepadu ke arah kemampanan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia