Utusan Borneo (Sarawak)

Kertas konsep mata wang kripto akan dimuktamad­kan bulan ini: Gabenor BNM

-

KUALA LUMPUR: Satu kertas konsep mengenai mata wang kripto akan dimuktamad­kan bulan ini dan disediakan kepada umum untuk memutuskan masa depan bentuk mata wang ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim.

“Pada asasnya, kami akan memastikan promoter mata wang kripto, yang termasuk bitcoin, ethereum dan ripple, untuk menjadi lebih telus, metodologi­nya telus dan orang yang bertanggun­gjawab di sebaliknya juga telus.

“Harapnya, dengan berbuat demikian, orang ramai boleh membuat keputusan mengenai sama ada untuk melabur dalam mata wang kripto,” katanya semasa sesi soal jawab pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-40 Harvard Busi- ness School Alumni Club of Malaysia, kelmarin.

Kira-kira 250 alumni Harvard Business School menghadiri majlis makan malam itu.

Muhammad berkata Malaysia mengambil pendekatan sedikit berbeza terhadap mata wang kripto, tidak seperti beberapa negara yang memutuskan untuk melarang penggunaan­nya.

“Kita tidak akan larangnya buat masa ini, tetapi kita akan biarkan pasaran memutuskan masa depan mata wang kripto. Apa yang paling penting adalah mereka perlu tahu apa yang mereka terlibat,” katanya sambil menambah BNM tidak mengiktira­f mata wang kripto sebagai wang fiat.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata Malaysia tidak akan mengenakan larangan sepenuhnya terhadap mata wang kripto kerana ramai pelabur tempatan bertaruh atas kelas aset pelaburan baharu itu dan minat terhadap mata wang yang bebas daripada kawalan kawal selia juga semakin meningkat.

Beliau berkata larangan ke atas mata wang kripto termasuk bitcoin, hanya akan mengekang inovasi dan kreativiti dalam sektor kewangan, terutamany­a teknologi kewangan.

Setakat September 2017, terdapat lebih 1,100 mata wang digital wujud.

Mata wang kripto biasanya digunakan di luar institusi kerajaan dan perbankan yang sedia ada dan ditukarkan melalui Internet.

Terdahulu, Muhammad juga berkata, berdasarka­n data, ramai orang, berusia antara 35 dan 45 tahun diisytihar­kan muflis berikutan kegagalan membayar hutang kad kredit.

“Mereka ini akan mula berkeluarg­a, membeli rumah, kereta dan menghantar anakanak ke sekolah.

“Sehubungan itu, orang ramai perlu hidup mengikut kemampuan mereka sendiri, Tidak dinafikan kos hidup sememangny­a tinggi tetapi kos gaya hidup mereka juga merupakan suatu yang mereka perlu kaji balik,” katanya.

Sementara itu Muhammad berkata, beliau turut bimbang dengan situasi harga rumah mampu milik yang membebanka­n terutamany­a bagi kategori golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (gaji dalam lingkungan RM3,855 dan ke bawah). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia