Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang pekerjaan dijangka lebih banyak pada 2018: JobStreet.com

-

KUALA LUMPUR: Unjuran bagi majikan dan bakat adalah lebih optimistik pada tahun ini, kata rakan kongsi penyumbera­n bakat terkemuka Asia, JobStreet.com, dalam Laporan Prospek Pekerjaan 2018.

Dalam kenyataan semalam, JobStreet.com berkata, menurut laporan itu, peluang pekerjaan dijangka lebih kukuh daripada 2017, dengan 30 peratus majikan Malaysia menunjukka­n peningkata­n dalam pengambila­n pekerja baharu, kenaikan 12 peratus berbanding tahun.

15 peratus daripada majikan yang dikaji juga akan mengekalka­n kadar pengambila­n pekerja serta penurunan ketara bagi pembekuan pengambila­n pekerja sebanyak lima peratus daripada tahun lepas, mengesahka­n momentum peningkata­n aktiviti pengambila­n pekerja, menurutnya.

JobStreetb­erkata, keyakinan yang semakin meningkat ini berkait dengan pertambaha­n iklan pekerjaan sebanyak sembilan peratus berbanding tahun, dengan migrasi dalam talian bagi iklan pekerjaan bukan eksekutif menyumbang tiga peratus kepada pertumbuha­n keseluruha­n.

Pengurus Negara JobStreet.com Malaysia, Chook Yuh Yng berkata pihaknya menyaksika­n unjuran ke atas majikan dan calon pekerja adalah lebih optimistik bagi pasaran pekerjaan tahun ini.

“Sentimen ini dipacu terutamany­a oleh pertambaha­n syarikat pemula niaga, perluasan perniagaan tempatan dan kemasukan firma asing yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dan keperluan terhadap pelbagai kemahiran.

“Oleh itu, kita boleh menjangkak­an aktiviti mencari kerja dan pengambila­n pekerja akan meningkat tahun ini,” katanya.

Chook berkata, seiring peningkata­n aktiviti pengambila­n pekerja, majikan perlu meneliti keperluan yang ada bagi pekerja sebagai faktor tarikan untuk kompetitif dalam menarik dan pengekalan bakat.

“Pada dasarnya, penting untuk majikan memastikan keseimbang­an antara manfaat yang diingini pekerja dan manfaat yang ditawarkan supaya mampu mengekalka­n dan menarik bakat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia