Utusan Borneo (Sarawak)

PEMAIN SARAWAK TERLIBAT RASUAH?

Posa arah tubuh jawatankua­sa khas bagi siasat punca kekalahan mengejut 3-2 di tangan Felcra FC

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS ), Datuk Posa Majais mengarahka­n satu jawatankua­sa khas ditubuhkan bagi menyiasat punca kekalahan mengejut Sarawak (3-2) di tangan pasukan kelab, Felcra FC kelmarin. Posa menegaskan, beliau sukar untuk menerima kekalahan itu kerana perlawanan tersebut seharusnya memihak mudah kepada pasukan tuan rumah (Sarawak). “Sukar untuk kita menerima kekalahan itu. Kita bolos tiga gol dalam tempoh enam minit selepas mendahului dua kosong. Saya melihat seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan permainan kita. a.

“Justeru, saya telah mengaarah Pengurus s Pasukan, Abdul Wahab Rahim untuk menyiasat kekalahan mengejut itu,” katanya kepada da Utusan Borneo o di sini semalam.

Jelasnya, apa yang pasti siasatan menyeluruh akan dilakukan terhadap semua pemain selepas beliau mengesyaki beberapa pemain terlibat dalam ‘menjual’ perlawanan. Menurut beliau, ini berdasarka dasarkan laporan diterim terimanya daripa pada sumber y yang boleh dipercayai selepas perlawanan berakhir petang kelmarin. “Memang k kecewa dan suk sukar untuk saya mener menerima kekalahan ini kerana Sarawak boleh memenangin­ya dengan mudah.

“Paling mengecewak­an pasukan pelawat hanya memerlukan enam minit untuk menjaringk­an tiga gol bagi menewaskan pasukan kita,” tegas Posa.

Justeru, beliau mahu siasatan membabitka­n semua pemain dijalankan secepat mungkin kerana tidak mahu permasalah­an itu terus menular pada perlawanan-perlawanan lain selepas ini.

“Saya berharap laporan daripada siasatan dalaman itu akan dapat diketahui dalam tempoh sehari dua ini bagi membolehka­n kita mengambil tindakan yang sewajarnya,” kata beliau.

Sukar untuk kita menerima kekalahan itu. Kita bolos tiga gol dalam tempoh enam minit selepas mendahului dua kosong. Saya melihat seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan permainan kita.

Datuk Posa Majais Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak

 ??  ??
 ??  ??
 ?? POSA ??
POSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia