Utusan Borneo (Sarawak)

NANTA DILANTIK SEBAGAI SETIAUSAHA AGUNG PBB

-

KUCHING: Datuk Alexander Nanta Linggi dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang baharu menggantik­an Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Perkara itu diumumkan Presiden PBB yang juga Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Penangguha­n Perhimpuna­n Agung PBB Ke-14 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

“Datuk Alexander Nanta Linggi Setiausaha Agung PBB yang baharu. Saya umumkan juga semasa saya berucap pada majlis penangguha­n tadi,” katanya.

Pelantikan Nanta itu berikutan pelantikan Dr Rundi sebagai Naib Presiden PBB (Pesaka) yang baharu bersama Datuk Roland Sagah Wee Inn dan Datuk Gerawat Gala.

Nanta merupakan Ahli Parlimen Kapit dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Sementara itu Nanta yang ditemui berkata beliau amat tersentuh dengan tindakan presiden dan ahli parti yang memberi keyakinan penuh kepadanya untuk menggalas tugas penting itu.

“Ini adalah tugas yang berat, jawatan setiausaha agung sangat signifikan kepada parti dan juga daripada aspek pentadbira­n serta pengurusan parti.

“Ini bukan perkara mudah tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk parti dengan pengalaman yang saya ada bersama parti selama ini. Pada masa sama saya berharap mendapat kerjasama daripada barisan pemimpin parti yang ada sekarang.

Beliau juga menyatakan keyakinan untuk menggalas tugas penting itu walaupun mengakui masih banyak perlu dipelajari mengenai parti khasnya.

 ??  ??
 ??  ?? DILANTIK: Nanta ditemu bual wartawan semalam.
DILANTIK: Nanta ditemu bual wartawan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia