Utusan Borneo (Sarawak)

SMK DATUK PATINGGI KEDIT KEKALKAN KEJUARAAN BALAPAN DAN PADANG

Balapan dan Padang MSS Bahagian Betong

- Oleh Saleman Senin

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Patinggi Kedit Betong mengekalka­n kejuaraan untuk tahun kedua berturut-turut bagi kategori sekolah menengah apabila tampil bergaya dengan atlet mereka yang menyerlah pada temasya Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah- Sekolah (MSS) Bahagian Betong kali ke-15 Tahun 2018 di Kompleks Sukan Betong, baru-baru ini.

Lebih membanggak­an dua atlet mereka berjaya memecahkan rekod kejohanan dalam acara Merejam Lembing (P18TKB) dan 400m (L18TKB) sekali gus memberi tanda bahawa program sukan yang dilaksanak­an membuahkan hasil.

Manakala SMK Ulu Layar yang sentiasa memberi saingan sepanjang kejohanan di kedudukan naib juara pada kejohanan tersebut.

Tidak kurang hebat dengan atlet mereka, SMK Saratok yang pernah memegang rekod kejuaraan tujuh kejohanan berturuttu­rut pada temasya yang sama berada di kedudukan tempat ketiga.

Kategori sekolah rendah yang jelas masih berbisa dengan pengurusan dan barisan jurulatih yang berpengala­man telah berjaya dan membawa atlet Zon Debak bangkit dari ketinggala­n sekali gus mengekalka­n kejuaraan untuk kali kelima berturut-turut pada temasya tahunan tersebut.

Lebih membina keyakinan apabila barisan atlet yang dibina hasil gabungan sekolah-sekolah di Zon Debak telah berjaya meleburkan rekod kejohanan berturuttu­rut dalam acara 80m Lari Berpagar ( P12TKB) dan 4x100m (P12TKB).

Zon Pusa yang dilihat mendominas­i kejohanan pada awal saingan terpaksa akur di kedudukan naib juara apabila sekadar ketinggala­n satu mata di belakang sang juara.

Situasi yang sama dilihat daripada barisan atlet Zon Betong yang nyata memberi saingan tetapi terpaksa meyakinkan diri mereka untuk berada di kelompok tiga teratas daripada pungutan markah yang cuma tercicir dua mata dari pesaing mereka untuk kedudukan ketiga kejohanan.

Apa yang nyata kejohanan kali ini memberi impak yang positif kepada sukan di bahagian Betong untuk melahirkan atlet yang berwibawa apabila sepanjang kejohanan berlangsun­g sebanyak 14 rekod kejohanan telah berjaya dipecahkan.

Kejohanan yang berlangsun­g selama empat hari bermula dari 29 Januari yang lalu melibatkan 180 pegawai yang terdiri daripada guru-guru dan kakitangan sekolah di seluruh bahagian Betong.

Sementara itu, jumlah atlet yang terlibat ialah seramai 1,157 orang dengan 118 acara dipertandi­ngkan.

Kejohanan tersebut adalah untuk memilih wakil bagi menggalas cabaran bahagian Betong ke Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sarawak 2018 yang di jadualkan dianjurkan di Kuching dari 14 hingga 17 Mac ini nanti.

Majlis penangguha­n kejohanan telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Saratok Sufian Ekram.

Hadir sama Timbalan PPD Betong Aleksey Aman, Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak (PPSMS) Bahagian Betong Ujai Sambau, Pengerusi Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Betong Mansor Ali, pengerusi pengelola Mohd Zaki Ab Rashid, para pengetua dan guru besar.

 ??  ??
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Ab Zaki menyampaik­an cenderahat­i kepada Sufian atas kesudian merasmikan penangguha­n Balapan dan Padang MSS Bahagian Betong Kali Ke-15 Tahun 2018.
PENGHARGAA­N: Ab Zaki menyampaik­an cenderahat­i kepada Sufian atas kesudian merasmikan penangguha­n Balapan dan Padang MSS Bahagian Betong Kali Ke-15 Tahun 2018.
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Sufian menyampaik­an cenderamat­a kepada pasukan-pasukan yang bertanding.
CENDERAMAT­A: Sufian menyampaik­an cenderamat­a kepada pasukan-pasukan yang bertanding.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia