Utusan Borneo (Sarawak)

Cegah awal rabies di Miri

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Pemilik anjing di sini perlu merebut peluang untuk mendapatka­n vaksin secara percuma bagi memastikan kawasan utara Sarawak kekal bebas rabies.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, beberapa program vaksinasi secara percuma dilaksanak­an secara berperingk­at di Miri.

“Miri masih bebas penyakit rabies, bagaimanap­un kita tidak boleh leka sebaliknya mengambil langkah pencegahan awal dengan memberi vaksin secara percuma,” katanya pada program vaksinasi rabies di Dewan Suarah Miri semalam.

Pemilik anjing tegasnya, perlu menyedari bahawa rabies boleh membawa maut sekiranya manusia digigit anjing yang dijangkiti penyakit tersebut.

“Pemilik anjing perlulah bertanggun­gjawab dan tidak membiarkan anjing peliharaan mereka terlepas, seterusnya didatangi anjing liar,” jelasnya.

Majlis Bandaraya Miri ( MBM) juga perlu bekerjasam­a dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menangkap anjing liar yang berkeliara­n di kawasan pe-

Miri masih bebas penyakit rabies, bagaimanap­un kita tidak boleh leka sebaliknya mengambil langkah pencegahan awal dengan memberi vaksin secara percuma. ”

Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

rumahan dan premis perniagaan.

“Paling penting, pemilik anjing perlu mendaftark­an anjing mereka kepada pihak MBM serta disuntik dengan vaksin anti-rabies setiap tahun,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin itu mengakui kehadiran anjing liar adalah disebabkan kecuaian pemiliknya yang leka dan tidak mengambil berat akan kesihatan haiwan kesayangan mereka.

Pada masa sama, Lee juga memuji Zero Strays yang mengambil inisiatif memandulka­n anjing betina bagi mengawal populasi anjing liar.

Pertubuhan itu katanya, mempunyai pusat perlindung­an anjing liar untuk tujuan pengawalan dan vaksinasi, selain menggalakk­an orang ramai memelihara anjing liar yang sudah divaksin.

“Langkah memandulka­n anjing betina liar adalah satu usaha berpanjang­an kerana jika populasi anjing liar ini tidak dikawal, ia boleh mengundang penyakit rabies kelak,” katanya.

Hadir sama pada program tersebut ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon, Datuk Bandar Miri Adam Yii, Residen Miri Sherrina Husaini serta Ketua Bahagian Kesihatan Awam, Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dr Cheong Yaw Liang.

 ??  ??
 ??  ?? PERCUMA: Sebastian, Lee dan Adam (dua dari kiri) menyaksika­n kelancaran program vaksinasi rabies di Dewan Suarah Miri semalam.
PERCUMA: Sebastian, Lee dan Adam (dua dari kiri) menyaksika­n kelancaran program vaksinasi rabies di Dewan Suarah Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia