Utusan Borneo (Sarawak)

Sharifah Shahira kembali semula ke konti Suria FM

-

SELEPAS kontraknya bersama Suria FM tamat pada tahun 2011, Sharifah Shahira bergiat aktif dalam bidang lakonan dan pengacaraa­n.

Namun bermula 5 Februari lepas, suara beliau kembali kedengaran di frekuensi Suria FM. Inilah ‘comeback’ yang dinantinan­tikan oleh peminat Sharifah Shahira dan Suria FM.

Digandingk­an bersama Zulin Aziz dan Fizi untuk slot Suria Pagi, Sharifah Shahira yang lebih mesra dengan panggilan Shira tidak melihat ianya sebagai suatu yang membebanka­n.

Malah padanya ini adalah peluangnya untuk lebih mengenali penyanyipe­nyanyi baru.

“Sebelum inipun saya tidak pernah berhenti bekerja. Apabila diberikan kepercayaa­n sekali lagi oleh pihak Suria, saya fikir, kenapa tidak? Saya bekerja dalam industri hiburan, jadi bila kita kembali kepada radio, sekaligus dapat juga kita kenal penyanyipe­nyanyi baru. Tidaklah ketinggala­n,” katanya dalam satu kenyataan.

Shira berkata teruja apabila digandingk­an bersama penyampai- penyampai muda.

Baginya ini adalah peluang terbaik untuk berkongsi pengalaman dan pandangan dengan orang baru. Beliau akan cuba menerapkan elemen perbincang­an dan nasihat di samping gurauan ketika ke udara kelak.

Menurut Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin selaku Pengurus Program Suria, Sharifah Shahira bukanlah nama baru dalam industri seni tanah air dan beliau juga merupakan penyampai Suria suatu ketika dahulu.

“Kami yakin dan percaya gabungan mereka mereka bertiga akan memeriahka­n lagi slot Suria Pagi dengan karakter dan keunikan masing-masing,” katanya.

Tambahnya lagi, “Dengan adanya khidmat penerbit yang berpengala­man, Suria Pagi dijangkaka­n dapat memberi saingan yang lebih sengit kepada radio-radio berbahasa Melayu di luar sana dan membawakan nama Suria itu sendiri ke tahap yang lebih tinggi.”

Segmen Suria Pagi ini mendapat tajaan daripada Glow Glowing Beauty Skin & JL Lens By Glow Glowing.

Dapatkan maklumat dan perkembang­an terkini berkenaan Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMal­aysia.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia