Utusan Borneo (Sarawak)

JANGAN TEROKA SEMBARANGA­N

Syarikat luar termasuk Petronas harus patuhi Ordinan Perlombong­an Minyak Negeri 1958.

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Syarikat luar termasuk Petronas yang mahu bergiat dalam industri minyak dan gas di Sarawak harus mematuhi undangunda­ng termaktub dalam Ordinan Perlombong­an Minyak Negeri 1958.

Perkara itu ditegaskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Penangguha­n Perhimpuna­n Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Beliau berkata ordinan berkenaan akan berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya ia adalah antara tiga persetujua­n dan kejayaan yang dicapai semasa Perhimpuna­n Agung PBB Ke14 yang berakhir semalam.

"Kita bersetuju di bawah Perlembaga­an Persekutua­n, permit dan lesen untuk sebarang aktiviti melombong adalah dinyatakan dengan jelas dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

"Ini bermakna, Petronas mahupun mana-mana syarikat luar yang mahu melakukan aktiviti perlombong­an termasuk minyak dan gas di Sarawak harus mematuhi undangunda­ng negeri. Selama ini kita tidak menguatkua­sakan Ordinan Perlombong­an Minyak Negeri Sarawak," tegasnya.

Sehubungan itu katanya, Petroleum Sarawak Berhad (Petros) akan memainkan peranan aktif dalam industri minyak dan gas seperti termaktub dalam Ordinan Perlombong­an Minyak 1958 Sarawak.

"Kita melihat dari sudut peruntukan perundanga­n, merujuk kepada Jadual 8(j) Perlembaga­an Persekutua­n, Perkara 2(c) dalam ‘senarai negeri' termasuk pembanguna­n sumber-sumber mineral, lombong, perlombong­an minyak dan sebagainya, membeli, menjual, import dan eksport, peraturan buruh dan keselamata­n dalam perlombong­an, ini adalah di bawah peruntukan kerajaan negeri.

"Bermakna dari sudut usaha industri minyak dan gas di bawah senarai negeri. Sebab itu, berdasarka­n peruntukan tersebut dan Ordinan Perlombong­an Minyak Negeri 1958, saya telah memberi lesen dan pajakan kepada Petros di bawah Seksyen 27 ordinan ini," katanya.

Abang Johari yang juga presiden PBB berkata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petros telah dilantik namun tidak didedahkan ketika ini.

“CEO Petros telah kita lantik, seorang yang cukup berpengala­man dalam industri minyak dan gas,” katanya ringkas.

Mengulas mengenai Perhimpuna­n Agung PBB Ke-14, beliau berkata dua lagi perkara penting telah dicapai serta dipersetuj­ui iaitu penubuhan jawatankua­sa tertinggi peringkat negeri bagi membincang­kan Perjanjian Malaysia 1963.

Beliau berkata jawatankua­sa tertinggi peringkat negeri itu dianggotai ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Tan Sri Datuk Amar James Masing.

“Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan perhimpuna­n ini Sabtu lepas berkenaan penubuhan Jawatankua­sa Peringkat Tertinggi di peringkat pusat bagi membincang­kan MA63 merupakan lembaran baharu kepada rundingan penurunan kuasa kepada Sarawak khususnya membincang­kan perkara yang ‘sensitif’ dari segi Perlembaga­an Persekutua­n.

“Bagi tujuan itu, di peringkat negeri kita juga menubuhkan jawatankua­sa tinggi dianggotai ketiga-tiga timbalan ketua menteri,” katanya.

Persetujua­n dan kejayaan ketiga dicapai sepanjang perhimpuna­n itu ialah semua delegasi dari seluruh Sarawak memberi banyak input dan idea ke arah mentransfo­rmasikan ekonomi negeri.

Menurutnya antara yang diberi penekanan ialah penyambung­an siber atau Internet di seluruh Sarawak tanpa mengetepik­an penyambung­an fizikal seperti jalan, jambatan termasuk sistem air grid negeri ke arah era digital.

“Tiga komponen ini sangat penting selain terus memberi latihan kemahiran tinggi kepada modal insan kita untuk memastikan ekonomi digital dapat direalisas­ikan,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan bahawa PBB sentiasa bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa sahaja ia diadakan.

“Kita sentiasa bersedia untuk PRU14, pada bila-bila masa ia diadakan,” ujarnya ringkas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia