Utusan Borneo (Sarawak)

KEADAAN BANJIR DI SARAWAK SEMAKIN PULIH

-

KUCHING: Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih dengan hanya 530 mangsa daripada 129 keluarga masih ditempatka­n di dua pusat pemindahan sementara setakat jam 4 petang semalam.

Menurut kenyataan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, jumlah mangsa banjir menurun seramai 16 orang berbanding 546 orang daripada 133 keluarga yang ditempatka­n di tiga pusat pemindahan sementara pada jam 8 pagi semalam.

Setakat berita ini ditulis, satu pusat pemindahan sementara di bahagian Sibu iaitu Dewan SJK (C) Tong Ah dilaporkan ditutup semalam.

Manakala dua lagi masih aktif beroperasi membabitka­n Dewan Suarah Mukah di bahagian Mukah dan Dewan Sukan Tatau di bahagian Bintulu.

Pusat pemindahan sementara Dewan Mukah menempatka­n 32 mangsa daripada 13 keluarga dari Rumah Ibat Sungai Dijih, Kampung Sitieng Sebakong dan Kampung Sauh Mukah sementara PPS Dewan Sukan Tatau menempatka­n 498 mangsa daripada 116 keluarga dari Kampung Dagang Tatau, Rumah Miggat Sungai Jelai, Kampung Baru Tatau, Setinggan Seberang Tatau, Jalan Berek Lama, Rumah Das Sg Kelawit, Kd Timber, Taman Golden, Nanga Sangan dan Klinik Sangan.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri melaporkan terdapat 13 klinik kesihatan terjejas akibat banjir dan empat daripadany­a tidak beroperasi iaitu Klinik Desa Tamin, Selangau, Klinik Kesihatan (KK Nanga Taroh, Mukah, KK Nanga Tau, Bintulu dan KK Sangan, Bintulu.

Jabatan Pendidikan pula mencatatka­n sebanyak 22 sekolah ditutup akibat banjir, bagaimanap­un tiada lagi sekolah dijadikan pusat pemindahan setakat ini.

Sementara itu, stesen telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak semalam turut mengeluark­an bacaan aras air pada paras amaran di Tamin (Mukah), Nanga Lemai B (Sibu) dan Sungai Bawan (Mukah) dan paras waspada di Long Panai (Miri), Long Jegan (Miri) dan Marudi (Miri).

Laporan tinjauan cuaca untuk keseluruha­n bahagian di negeri ini berkuat kuasa jam 3.15 petang semalam, mendapati tiada hujan di semua bahagian.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia