Utusan Borneo (Sarawak)

Tertekan, pesakit parkinson nekad menggantun­g diri

Warga emas itu dipercayai cuba menggantun­g dirinya di dahan pokok, namun disedari orang awam

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Mungkin tertekan dengan masalah kesihatan, seorang pesakit parkinson nekad menggantun­g diri dalam kejadian di Jalan Astana di sini kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 6.55 petang itu, warga emas berusia 72 tahun itu dipercayai cuba menamatkan riwayatnya dengan menggantun­g diri di dahan pokok berhampira­n bulatan di jalan tersebut.

Tindakan lelaki itu disedari orang awam yang melalui jalan terbabit sebelum menghubung­i polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad

Sejak itu dia sering bercakap seorang diri dan berperanga­i pelik, malah difahamkan mangsa akan mengalami gegaran seluruh badan sekiranya tidak mengambil ubat. ACP Abang Ahmad Abang Julai Ketua Polis Daerah Kuching

Abang Julai mengesahka­n kejadian itu ketika dihubungi semalam.

Bagaimanap­un mangsa disahkan selamat dan masih menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Mengulas lanjut katanya, lelaki dari Petra Jaya itu dikatakan menghidap penyakit parkinson sejak 2016.

“Sejak itu dia sering ber- cakap seorang diri dan berperanga­i pelik, malah difahamkan mangsa akan mengalami gegaran seluruh badan sekiranya tidak mengambil ubat.

“Selain itu kakinya akan bengkak dan sakit di bahagian punggung,” katanya.

Menurutnya, makluman daripada cucu mangsa, ia merupakan kali pertama mangsa cuba menggantun­g diri.

Setakat ini, katanya motif kejadian masih disiasat dan tiada kaitan dengan masalah kewangan.

Abang Ahmad berkata kes diklasifik­asikan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Bagaimanap­un mangsa akan dirujuk ke hospital mental mengikut Seksyen 342 dalam siasatan yang dijalankan.

Pihaknya turut merampas dua utas tali berwarna coklat yang dipercayai digunakan mangsa untuk menggantun­g diri.

 ??  ?? DISELAMATK­AN: Mangsa ditemui orang awam sebelum dihantar ke hospital
DISELAMATK­AN: Mangsa ditemui orang awam sebelum dihantar ke hospital

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia