Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari pemimpin yang berfikiran ‘futuristik’ Beliau mempunyai visi untuk menjadikan Sarawak tempat lebih baik untuk semua rakyat: Awang Tengah

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg merupakan seorang pemimpin yang berfikiran ‘futuristik’ yang mengoptimu­mkan teknologi terkini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Abang Johari mempunyai visi untuk menjadikan Sarawak tempat lebih baik untuk semua rakyat.

“Abang Johari sememangny­a seorang pemimpin futuristik.

“Beliau tidak pernah menyerah dengan mudah. Malah, wawasannya adalah untuk mengubah Sarawak menjadi Sarawak Pintar atau S-Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpuna­n Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-14 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Awang Tengah yang juga Timbalan Presiden PBB sehubungan itu mengusulka­n agar Abang Johari terus didukung sebagai presiden PBB dengan sokongan tanpa perasaan berbelah bahagi.

Beliau berkata dalam jangka masa yang amat singkat Abang Johari telah menunjukka­n ciri-ciri kepimpinan dinamik dengan ideaidea baharu, pasti melonjakka­n kemajuan negeri Sarawak ke tahap lebih tinggi.

Katanya dalam masa sesingkat satu tahun sejak menjadi Ketua Menteri, Abang Johari telah melaksanak­an beberapa inisiatif antaranya ekonomi digital, menubuhkan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS), Petroleum Sarawak Berhad (Petros), SarawakPay dan mengasaska­n pembanguna­n Projek Transit Aliran Ringan (LRT).

“Tatkala kita sedang berfikir untuk merealisas­ikan ekonomi digital dalam era Industri 4.0 yang berpaksika­n internet of things (IoT),internet of system (IoS), artificial intelligen­ce (AI), robots (bots or machines) dan seumpamany­a, saya tahu bahawa pemikiran Abang Johari sudah jauh ke hadapan.

“Saya tahu Abang Johari sudahpun memikirkan apakah idea-idea baharu yang akan dikemukaka­noleh beliau pada era Industri 5.0 yang akan menggabung­kan kecekapan mesin dan daya kreatif manusia. Bukan sekadar Industri 5.0, malah Industri 6.0,” katanya.

Justeru ujarnya, tiada pentas yang lebih besar daripada perhimpuna­n agung ini untuk semua ahli menyatakan sokongan jitu kepada Abang Johari sebagai presiden PBB.

“Tiada siapa dapat menyangkal Datuk Patinggi Abang Johari sebagai pemimpin berpengala­man luas. Diasuh serta dibimbing mentor dan sifunya Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Abang Johari sangat memahami politik pembanguna­n dan ‘the new reality’ diperjuang­kan oleh Tun Taib sewaktu menjadi ketua menteri ketika itu,” ujarnya.

Dalam ucapannya itu Awang Tengah turut menyatakan beliau bersama barisan pemimpin negeri yang lain akan terus bersama Abang Johari meneruskan legasi Tok Nan untuk mendapatka­n kembali hak-hak termaktub dalam MA63 dan Perlembaga­an yang terhakis secara sengaja dan tidak sengaja selama ini.

Beliau tidak pernah menyerah dengan mudah. Malah, wawasannya adalah untuk mengubah Sarawak menjadi Sarawak Pintar atau S-Sarawak.”

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? AWANG TENGAH
AWANG TENGAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia