Utusan Borneo (Sarawak)

Kepimpinan baharu PBB disifatkan lebih dinamik dan futuristik

-

MUKAH: Kepimpinan baharu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) disifatkan lebih dinamik dan futuristik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata semua saf kepimpinan harus dirapatkan dan seirama dengan rentak pengemudi parti.

“Ketua Menteri ( Presiden PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg seorang yang berpandang­an jauh dalam politik dan juga parti, jadi semua (sayap dan kepimpinan) harus sama rentak dengan beliau,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Menurutnya, adalah penting saf dirapatkan pada setiap kepimpinan parti demi menggalas amanah baharu yang diberikan.

“Kepimpinan baharu bermakna amanah baharu dipikul semua barisan kepimpinan menuju Sarawak maju menjelang 2030 adalah satu tugas serta amanah yang bukannya mudah,” jelas beliau.

Bagaimanap­un, Juanda percaya dengan semua pemimpin parti memberikan yang terbaik dan komitmen serta mengikut rentak pengemudi parti akan dapat dicapai.

Ahli Majlis Tertinggi itu berkata, PBB adalah salah satu parti terkuat di Sarawak kerana beberapa sebab yang utama.

“Kita (PBB) kuat kerana perpaduan dan kesetiaan ( dalam parti), jangan lupa itu adalah sebab untuk kita masih bertahan sehingga sekarang,” jelasnya.

Oleh sebab itu, harapan rakyat terutama kepada kapimpinan parti ketika ini amat penting dalam memastikan aspek pembanguna­n Sarawak terus menjadi agenda utama.

Perhimpuna­n Agung PBB berlangsun­g tiga hari bermula 9 hingga 11 Februari ini.

 ??  ?? TEGUH BERSAMA: Juanda (tujuh kiri) bersama perwakilan dari DUN Jemoreng ketika Perhimpuna­n Agung PBB di Kuching semalam.
TEGUH BERSAMA: Juanda (tujuh kiri) bersama perwakilan dari DUN Jemoreng ketika Perhimpuna­n Agung PBB di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia