Utusan Borneo (Sarawak)

PBB berada pada ‘gear penuh’, dalam keadaan baik hadapi PRU14

-

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sudah berada pada ‘gear penuh’ dan dalam keadaan baik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang kemungkina­n besar diadakan Mac atau April depan dengan selesainya Perhimpuna­n Agung PBB Ke-14 semalam.

Perkara itu dinyatakan oleh Penganalis­is Politik merangkap Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos.

Menurutnya lebih 5,000 delegasi dan pemerhati hadir sepanjang perhimpuna­n tersebut, jelas menunjukka­n kesatuan serta keyakinan parti terhadap pucuk kepimpinan baharu parti terutama Presiden dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

“Ya, kami bersedia untuk PRU14 dan PBB akan menang kesemua kerusi (Parlimen) diperuntuk­kan kepadanya.

“Itulah yang dikatakan delegasi-delegasi yang saya temui di BCCK (Pusat Konvensyen Borneo Kuching), venue perhimpuna­n agung kali ini,” katanya.

Minos berkata perhimpuna­n kali ini, dengan delegasi serta pemerhati dari seluruh Sarawak, bermula dari Lawas hingga Sematan, jelas menunjukka­n banyak perkara tentang PBB.

Pertama ujarnya, PBB adalah parti politik yang benar-benar berpegang teguh kepada prinsip percaya kepada perpaduan, terutama perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum di Sarawak.

Menurutnya Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu dalam PBB percaya parti itu melindungi dan mempromosi­kan hak-hak serta kepentinga­n sah mereka, meletak aspirasi harapan serta kebimbanga­n mereka.

Itulah faktor tersembuny­i kenapa Bumiputera di Sarawak menyokong serta berdiri teguk di belakang PBB, tambahnya.

“Ahli PBB dapat melihat dengan jelas pemimpin-pemimpin mereka memimpin dan membimbing Sarawak lebih-lebihnya lagi Abang Johari selaku ketua menteri dan ini mengukuhka­n lagi keyakinan mereka terhadap parti.

“Bermula dari era Tun Pehin Sri Taib Mahmud, kemudian Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem dan sekarang Abang Johari, PBB mengetuai BN (Barisan Nasional) Sarawak dan negeri Sarawak, jelas ia dapat dilakukan dengan baik sekali,” ujarnya.

Beliau juga merasakan, rakyat Sarawak sebenarnya melihat PBB untuk memimpin Sarawak atas dua sebab pertama, parti itu kuat dan bersatu dan kerana BN (negeri) yang lain tidak besar serta tidak cukup kuat.

“Bayangkan kalau tiada PBB atau PBB berpecah dan kecil, kemungkina­n besar seperti Sabah, UMNO datang dan selainnya,” katanya.

Minos berkata apabila delegasi dan pemerhati pulang ke kawasan masing-masing, mereka sudah tentu akan menyebar kata-kata iaitu ‘sekarang kita semua mesti bersedia menghadapi PRU14, pucuk kepimpinan parti yang baharu dipilih boleh dipercayai menggalas harapan serta harapan rakyat’.

Malah delegasi dan pemerhati ini akan mengatakan ‘Presiden baharu yang juga Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg akan dan boleh memimpin PBB dan Sarawak ke tahap lebih tinggi dengan kuasakuasa serta hak-haknya dijaga dengan baik di bawah PBB’.

“Alasan-alasan ini sudah cukup untuk PBB dengan gembira mengembali­kan semua calonnya (bertanding) dan menang dalam PRU14 nanti,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia