Utusan Borneo (Sarawak)

Barisan baharu PBB amat disenangi, mampu bawa kemajuan

-

MIRI: Kepimpinan tertinggi baharu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) menyaksika­n gandingan muka lama dan baharu dalam politik khususnya parti itu sendiri, amat disenangi dan memikul harapan penuh untuk memajukan parti dan membawa bersama wawasan kemajuan Sarawak untuk menjadi negeri progresif dalam Malaysia.

Pengerusi PBB Cawangan Marudi Kalang Jok berkata, pasukan PBB yang diterajui Presiden merangkap Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg ketika ini menuju ke era baharu di mana wakil pemimpin terpilih adalah mereka yang terbaik dalam bidang masing-masing sama ada daripada Bumiputera mahupun Pesaka.

“Ini adalah gabungan pengalaman dan pemimpin tua dan muda yang bersedia untuk menghadapi era baharu dan perubahan kemajuan yang diperlukan untuk membawa Sarawak ke arah pembanguna­n lebih besar dan pesat,” katanya.

Bercakap kepada Utusan Borneo di sini ketika dihubungi di Kuching semalam, Kalang berkata, pihak di peringkat akar umbi khususnya ingin mengucapka­n tahniah kepada mereka yang dipilih atau menang tanpa bertanding.

“Sementara mereka yang tidak dipilih, masih dapat bekerja dan menjalin kerjasama erat sebagai satu pasukan kerana kita adalah sebuah keluarga besar yang menjadi pemangkin pembanguna­n negeri ini,” tambahnya.

Beliau berkata, barisan PBB penggal 2018 hingga 2020 ini adalah pasukan yang amat dinamik dengan para pemimpin berkaliber yang mampu memproses bukan sahaja pembanguna­n di kawasan bandar tetapi juga di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, PBB Marudi menyokong sepenuhnya dan berikrar untuk berdiri teguh di belakang Abang Johari dan melihat beliau sebagai pemimpin yang mempunyai rekod yang amat baik untuk memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat.

Berkongsi pandangan sama Ketua Pemuda PBB Mulu Usat Bilong yang berpendapa­t barisan itu adalah percampura­n kaum dan pemimpin yang berwawasan untuk menerajui parti dan negeri agar terus berani melangkah ke depan.

“Saya gembira melihat masyarakat Orang Ulu mempunyai wakil dalam Pesaka sebagai Naib Presiden PBB iaitu Datuk Gerawat Gala dan Majlis Tertinggi yang disertai YB Dennis Ngau (ADUN Telang Usan), Datuk Robert Laing dari Baram dan Mulu,” katanya.

Menurut Usat lagi, PBB adalah parti semua orang tanpa mengira kaum dan etnik Bumiputera atau masyarakat kecil seperti Orang Ulu.

Beliau berkata secara keseluruha­nnya, semua anggota dalam PBB yang menghadiri konvensyen itu bersedia untuk melihat lebih banyak pemimpin muda yang bersedia dan bersemanga­t untuk bergerak ke hadapan dengan pemimpin dan pasukan lama yang sedia ada, untuk bersama- sama Abang Johari membawa pembanguna­n besar di negeri ini.

Beliau berkata, Abang Johari selaku ‘kapten’ baharu pasukan, berjaya menarik sokongan kuat akar umbi seperti yang ditunjukka­n perwakilan sepanjang konvensyen tersebut termasuk pemimpin tertinggi negara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

 ??  ?? USAT BILONG
USAT BILONG
 ??  ?? KALANG JOK
KALANG JOK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia