Utusan Borneo (Sarawak)

Penubuhan Jawatankua­sa Peringkat Tinggi rundingan MA63 langkah positif

-

KUCHING: Jawatankua­sa Peringkat Tinggi yang akan ditubuhkan di peringkat persekutua­n bagi rundingan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 ( MA63) merupakan satu langkah positif oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengembali­kan hak Sarawak yang terhakis di bawah perjanjian tersebut.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian berkata cadangan bagi menubuhkan jawatankua­sa tersebut pernah dikemukaka­n dalam Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November tahun lepas.

Cadangan tersebut katanya, telah menerima maklum balas positif daripada Najib dengan pengumuman oleh beliau untuk menubuhkan jawatankua­sa tersebut bagi menyelesai­kan isu-isu berkaitan MA63.

“Saya telah bercakap mengenai jawatankua­sa ini pada Persidanga­n DUN bulan November tahun lepas dan rakyat di negeri ini mahu melihat hasil daripada perbincang­an.

“Kita bukannya tamak untuk mendapatka­n semula hak-hak kita tetapi apa yang menjadi hak kita adalah milik kita tidak lebih dan tidak juga kurang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata demikian sebagai mengulas mengenai pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri untuk menubuhkan Jawatankua­sa Peringkat Tinggi di peringkat persekutua­n bagi rundingan MA63 dengan kerajaan negeri.

Langkah untuk menubuhkan jawatankua­sa tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Perhimpuna­n Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-14 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) Sabtu lepas.

Sementara itu, Naib Presiden PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penubuhan jawatankua­sa ini menunjukka­n keikhlasan Perdana Menteri untuk mengembali­kan semula hak-hak negeri ini yang telah terhakis.

Sebelum ini katanya, tiada Perdana Menteri Malaysia selain Najib yang mahu membincang­kan mengenai perkara ini.

“Kita berharap keduadua Jawatankua­sa Peringkat Tinggi dari peringkat persekutua­n dan negeri akan meneliti semua hak Sarawak yang telah terhakis di bawah MA63.

“Menerusi penubuhan jawatankua­sa ini ia diharap dapat merealisas­ikan usaha Sarawak untuk mendapatka­n semula hak-hak rakyat negeri,” kata Karim yang juga Menteri Pelanconga­n, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia