Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa pantau anak agar terhindar daripada cinta monyet kerana ia boleh mengundang kes remaja hamil

- Oleh Nick Fletcher

BAU: Ibu bapa harus memantau anak masingmasi­ng agar terhindar daripada dilamun cinta monyet di sekolah, kerana ia boleh mengundang kepada kes remaja hamil.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep berkata kes remaja hamil di Sarawak kini amat membimbang­kan, termasuk dalam daerah ini yang merekodkan kes tertinggi di Sarawak.

Katanya bagi daerah Bau, terdapat 74 kes remaja hamil direkodkan pada 2016 dan menurun kepada 21 kes pada tahun lalu.

“Kerajaan sedaya upaya menyediaka­n kemudahan yang lengkap dan terbaik untuk memastikan anakanak kita dapat belajar dan cemerlang dalam pendidikan, bukannya untuk mereka bercinta.

“Ini adalah budaya yang tidak baik kerana ia boleh menjejaska­n masa depan seseorang pelajar sekiranya dia hamil pada usia remaja,” katanya.

Beliau menegaskan demikian semasa menyempurn­akan Program Intervensi Sosial: Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual Bahagian Kuching anjuran Majlis Pembanguna­n Sosial, Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak di Sekolah Menengah Kebang-

Kerajaan sedaya upaya menyediaka­n kemudahan yang lengkap dan terbaik untuk memastikan anak-anak kita dapat belajar dan cemerlang dalam pendidikan, bukannya untuk mereka bercinta. Datuk Henry Harry Jinep ADUN Tasik Biru

saan ( SMK) Lake, di sini semalam.

Hadir sama Residen Bahagian Kuching Ismail Mohamad Hanis, Setiausaha Eksekutif Majlis Pembanguna­n Sosial Sarawak Dr Zufar Yadi dan Pengetua SMK Lake Mary Ng.

Selain itu, Henry berkata budaya kerap berpesta dan minum arak dalam komuniti Bidayuh khususnya di daerah ini, juga harus dihentikan kerana ia menjadi faktor yang mengundang kepada gejala sosial termasuk seks di luar nikah dalam kalangan remaja.

“Ini sungguh memalukan...budaya hidup (berpesta dan minum arak) seperti ini patut dihentikan agar tidak memusnahka­n masa depan anak- anak kita, di mana kita sepatutnya menunjukka­n contoh yang baik kepada mereka,” katanya.

Justeru, beliau menyeru ketua kaum di setiap kampung supaya memantau serta mengawal kegiatan berpesta dan minum arak di kampung masing- masing dan pada masa sama menjalanka­n lebih banyak program yang bermanfaat kepada komuniti.

Katanya, adalah amat menyedihka­n kerana daerah ini terdapat begitu ramai golongan cerdik pandai namun pada masa sama turut berhadapan masalah sosial yang tinggi.

“Kami ingin membangunk­an Bau agar lebih maju tetapi tidak mahu dalam masa 10 tahun ketika kita mencapai kemajuan, daerah ini juga mempunyai ramai anak luar nikah,” katanya.

Dalam pada itu, Henry turut menyaranka­n ibu bapa agar memainkan peranan dalam mendidik terutama anak gadis masing- masing dengan kesedaran seksual.

Katanya, setiap ibu bapa harus mempunyai kebimbanga­n terhadap anakanak daripada terpengaru­h dengan gejala seksual yang semakin membimbang­kan kerana kehamilan remaja amnya, akan menghancur­kan masa depan mereka.

“Ibu bapa tidak harus malu sebaliknya lebih terbuka untuk bercakap tentang pendidikan seksual dengan anak- anak ketika mereka masih remaja lagi, agar mereka sedar tentang risiko seks luar nikah dan menghindar­inya,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Henry (depan, tengah) bersama tetamu kehormat lain bergambar bersama ibu bapa dan pelajar SMK Lake sempena Program Intervensi Sosial: Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual Bahagian Kuching, di SMK Lake, Bau semalam.
KENANGAN: Henry (depan, tengah) bersama tetamu kehormat lain bergambar bersama ibu bapa dan pelajar SMK Lake sempena Program Intervensi Sosial: Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual Bahagian Kuching, di SMK Lake, Bau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia