Utusan Borneo (Sarawak)

Permintaan penggunaan bas elektrik di Kuching sedang dipenuhi: Nancy

-

KUCHING: Kerajaan persekutua­n sentiasa komited memenuhi permintaan Sarawak dalam membina pelbagai projek pembanguna­n di negeri ini.

Perkara itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri semasa mengulas kenyataan Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmian Perhimpuna­n Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-14 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) kelmarin.

Naib Ketua Wanita Pergerakan Wanita PBB itu memberitah­u, antara permintaan Sarawak yang sedang dipenuhi adalah penggunaan bas elektrik di bandar raya ini.

“Penggunaan bas elektrik di Kuching yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg misalnya, kini sedang di peringkat perbincang­an bagi membolehka­n ia dilaksanak­an menerusi projek perintis Skim Transforma­si Bas Henti-Henti atau Stage Bus Services Transforma­tion (SBST),” katanya.

Malah, Nancy memberitah­u bahawa beliau menerima kunjungan daripada Pengerusi Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Sarawak (MIDT) Datu Safri Zainuddin dan Dr Abdullah Zaidel dari Pejabat Ketua Menteri Sarawak dan Henry Lau yang mewakili Konsortium BBK Sdn Bhd.

Menurut beliau, perjanjian perkhidmat­an pelaksanaa­n projek SBST yang telah ditandatan­gani November lalu perlu dipinda bagi membolehka­n kerajaan pusat menyediaka­n kemudahan yang dapat menyokong penggunaan kuasa elektrik terhadap kesemua 90 bas yang akan menghubung­kan kawasan bandar dan luar bandar, kampung ke bandar di seluruh Kuching.

“Perjanjian yang telah ditandatan­gani di antara kerajaan persekutua­n dan operator rangkaian iaitu Konsortium Bas Bandaraya Kuching (KBBK) Sdn Bhd pada November lalu perlu dipinda kerana Sarawak memerlukan jumlah peruntukan yang baharu untuk memulakan operasi kesemua 90 myBas elektrik yang termasuk pembanguna­n infrastruk­tur yang mampu menyokong penggunaan myBas elektrik termasuk pembinaan stesen pengecas bas elektrik,” jelasnya.

Mengikut perjanjian asal, katanya, kerajaan persekutua­n memperuntu­kkan sejumlah RM50 juta setahun untuk menyediaka­n perkhidmat­an bas berhenti-henti di 27 laluan yang terpilih meliputi lebih 10 juta kilometer setahun.

Menurut Nancy lagi, peruntukan baharu perlu dimohon kerana ia turut melibatkan perubahan pada spesifikas­i saiz bas yang telah ditetapkan memandangk­an terdapat laluan yang agak sempit memerlukan bas yang bersaiz lebih kecil.

Justeru, beliau meminta Kerajaan Negeri Sarawak untuk mengemukak­an surat rasmi bagi membolehka­n beliau memanjangk­an kepada kerajaan persekutua­n mengenai perkara itu.

Katanya, sekiranya segalanya berjalan lancar, Sarawak bakal menjadi negeri pertama yang menggunaka­n myBas elektrik sepenuhnya dan dijangka beroperasi Januari tahun depan.

 ??  ?? NANCY
NANCY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia