Utusan Borneo (Sarawak)

Len terima keputusan dengan hati terbuka, tetap teruskan perjuangan

-

KUCHING: Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh menerima keputusan pemilihan jawatan Naib Presiden dalam Perhimpuna­n Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-14 dengan hati terbuka.

Beliau memberitah­u, ia sudah menjadi adat dalam pertanding­an dan keputusan itu tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang demi parti.

“Kepada yang menang saya ucapkan syabas dan tahniah kerana telah menjalanka­n pertanding­an ini secara berhemah, baik dan tidak ada membabitka­n isu negatif antara semua calon.

“Bagi diri saya, memang sudah menjadi satu daripada adat kita bertanding, saya berasa sedih tetapi tidak membuatkan saya patah semangat, saya menerima kekalahan ini dengan hati terbuka kerana saya sudah mempersiap­kan diri untuk menerima apa-apa keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada hari terakhir Perhimpuna­n Agung PBB Ke-14 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Tambah Len lagi, kekalahan itu juga dianggap sebagai satu ujian dalam perjuangan yang perlu dilalui setiap individu dalam parti politik.

Pada sesi pemilihan jawatan Naib Presiden PBB kelmarin, Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi memperoleh undi terbanyak, iaitu 770 undi.

Tiga calon lain yang turut menang jawatan tersebut pada pemilihan kelmarin bagi penggal 2018- 2020 ialah Menteri Muda Pendidikan dan Teknologi Penyelidik­an Dr Annuar Rapae yang mendapat 764 undi, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi ( 719 undi) dan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (698 undi).

Julaihi adalah penyandang jawatan berkenaan manakala tiga yang lain merupakan muka baharu.

Dua lagi calon yang kalah dalam pemilihan itu ialah Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail ( 585 undi) dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsmen Datuk Talib Zulpilip (320 undi).

Pengerusi Tetap PBB Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar mengumumja­n keputusan pemilihan tersebut kelmarin.

Bagi sayap Pesaka, tiga yang dipilih tanpa bertanding jawatan Naib Presiden ialah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Datuk Roland Sagah Wee Inn dan Datuk Gerawat Gala.

Hanya jawatan Naib Presiden sayap Bumiputera dipertandi­ngkan pada pemilihan kali ini sempena perhimpuna­n yang berlangsun­g dari Jumaat hingga semalam.

 ??  ?? LEN TALIF
LEN TALIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia