Utusan Borneo (Sarawak)

Ia demi kesinambun­gan agenda pembanguna­n rakyat di negeri ini

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Kesemua empat pemegang baharu jawatan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berikrar akan memikul tanggungja­wab dengan amanah demi kesinambun­gan agenda pembanguna­n rakyat di negeri ini.

Mereka ialah Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi yang memperoleh undi terbanyak iaitu 770 undi, Menteri Muda Pendidikan dan Teknologi Penyelidik­an Dr Annuar Rapae (764 undi), Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi (719 undi) dan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (698 undi).

Julaihi memberitah­u, sudah menjadi cabaran untuknya memikul tanggungja­wab yang diberikan oleh parti dalam bersama-sama dengan pucuk pimpinan negeri meneruskan agenda pembanguna­n untuk rakyat terutama di kawasan luar bandar.

“Kita tahu PBB adalah tulang belakang kerajaan negeri, di sinilah kita dapat bersama-sama memainkan peranan untuk merealisas­ikan agenda pembanguna­n kerajaan negeri.

“Selain itu, usaha untuk membangunk­an ekonomi berteraska­n ekonomi digital tetapi pada masa sama kita juga melihat bahawa Sarawak yang begitu luas masih memerlukan perhatian terutama di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung keputusan pertanding­an jawatan Naib Presiden PBB yang diumumkan Sabtu lalu pada Perhimpuna­n Agung PBB Ke-14 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Pada masa sama Julaihi memberitah­u, PBB merupakan parti inklusif yang meliputi setiap lapisan masyarakat Bumiputera di seluruh pelosok negeri ini.

Tegasnya, sebab itulah setiap keluhan rakyat dapat diketengah­kan dan diambil perhatian sewajarnya menerusi perwakilan PBB dari setiap pelosok negeri.

Sementara itu, Dr Annuar berkata, perbezaan jumlah undi yang tidak begitu ketara menunjukka­n perwakilan parti bermuafaka­t untuk memilih mereka menyandang jawatan tersebut.

“Umur bukan penghalang untuk terlibat dalam politik kerana PBB bersifat terbuka, kepada rakyat Sarawak terutama golongan muda yang ingin turut serta menyumbang tenaga untuk negeri, inilah parti terbaik untuk anda sertai,” katanya.

Menurut Dr Abdul Rahman pula, kemenangan itu merupa-

Kita tahu PBB adalah tulang belakang kerajaan negeri, di sinilah kita dapat bersama-sama memainkan peranan untuk merealisas­ikan agenda pembanguna­n kerajaan negeri. Datuk Julaihi Narawi Menteri Muda Jalan Pesisir

kan satu tanggungja­wab untuk dirinya yang harus dipikul sebaik-baiknya dalam bersama-sama dengan parti bagi mendukung pucuk pimpinan parti yang diterajui Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg membangunk­an Sarawak.

Tambahnya, dua sifat yang penting perlu ada dalam setiap ahli parti iaitu kesabaran dan ketaatan bagi memastikan kestabilan dan perpaduan dalam parti sentiasa terpelihar­a dengan baik.

Manakala Karim berkata apa yang lebih penting adalah harapan delegasi dan ahli PBB yang mahu melihat perubahan dalam parti selari dengan usaha meremajaka­n PBB.

“Inilah keunikan kalau kita lihat dalam PBB dan sebagai parti tulang belakang Sarawak, kita perlu mengetuai cabaran dan juga parti komponen BN lain menentang lawan kita pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

“Itu adalah cabaran yang saya lihat yang perlu ditangani oleh pasukan baharu (Abang Johari) ini,” ujarnya.

 ??  ?? PIKUL TANGGUNGJA­WAB: Julaihi (dua kanan) bersama Dr Abdul Rahman, Dr Annuar dan Karim mengadakan sidang media sempena Perhimpuna­n Agung Parti Pesaka Bumiputer Bersatu Ke-14 semalam.
PIKUL TANGGUNGJA­WAB: Julaihi (dua kanan) bersama Dr Abdul Rahman, Dr Annuar dan Karim mengadakan sidang media sempena Perhimpuna­n Agung Parti Pesaka Bumiputer Bersatu Ke-14 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia