Utusan Borneo (Sarawak)

Mesyuarat mantapkan penyelaras­an projek KKLW di Sarawak

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Jawatankua­sa Tertinggi Bersama Perancanga­n dan Pemantauan Projek Kementeria­n Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW)- Kerajaan Negeri Sarawak mengadakan mesyuarat pertama pada Khamis lalu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat itu bertujuan memantapka­n lagi penyelaras­an antara kementeria­n itu dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam perancanga­n, pelaksanaa­n dan pemantauan projek KKLW di luar bandar Sarawak.

Beliau memberitah­u jawatankua­sa itu terbahagi kepada dua peringkat iaitu Jawatankua­sa Tertinggi dan Jawatankua­sa Kerja.

Jawatankua­sa Tertinggi dipengerus­ikan bersama oleh beliau dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dan dianggotai Menteri Utiliti Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom serta kedua-dua Timbalan Menteri KKLW iaitu Datuk Alexander Nanta Linggi dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Manakala Jawatankua­sa Kerja pula dipengerus­ikan bersama oleh Ketua Setiausaha KKLW Datuk Borhan Dolah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

“Bagi pihak kementeria­n kita faham, Kerajaan Negeri lebih memahami keperluan- keperluan akar umbi di Sarawak, jadi perancanga­n, cadangan projek dan sebagainya kita akan terima daripada Kerajaan Negeri.

“Perancanga­n, pelaksanaa­n dan pemantauan projek KKLW di Sarawak akan dilakukan bersama. Dengan itu, kerajaan negeri akan mengetahui sepenuhnya semua projek yang dilaksanak­an di Sarawak, dari awal hingga akhir projek, pelaksanaa­nnya kita pantau, jika timbul masalah, tentang projek kita akan selesaikan bersama,” ujarnya pada sidang media selepas mempengeru­sikan bersama mesyuarat pertama jawatankua­sa tersebut.

Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, jawatankua­sa itu akan bermesyuar­at dua kali setahun, manakala Jawatankua­sa Kerja akan bermesyuar­at empat kali setahun atau lebih kerap mengikut keperluan kerana ia akan memantau secara langsung pelaksanaa­n projek-projek KKLW di negeri ini.

Beliau memberitah­u mesyuarat pertama itu menyaksika­n tiga kertas kerja dibentangk­an iaitu laporan daripada KKLW mengenai pelaksanaa­n projek 2017 dan status projek termasuk janji-janji Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa Pilihan Raya Negeri Ke-11 pada 2016.

“Kita juga menyentuh mengenai perancanga­n projek bagi 2018.

“Bagi bajet pembanguna­n 2018, kerajaan (pusat) memperuntu­kan RM3.87 bilion untuk KKLW dan untuk Sarawak kita memperuntu­kan RM1.102 bilion atau 28.48 peratus daripada jumlah itu untuk 2018,” katanya.

Sementara itu pada sebelah petangnya, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Majlis Perkhidmat­an Cemerlang KKLW 2017 bagi meraikan 251 warga kementeria­n Zon Sarawak yang melakar pencapaian cemerlang serta komited menyempurn­akan segala perancanga­n kementeria­n sepanjang tahun lalu.

Warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mencatat jumlah penerima teramai Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang iaitu seramai 190 orang.

Diikuti Majlis Amanah Rakyat (MARA, 39 orang), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA, 18 orang) dan KKLW ( lapan orang).

“Majlis ini merupakan satu bentuk penghargaa­n kementeria­n terhadap manifestas­i pencapaian dan kecemerlan­gan warga kementeria­n, jabatan dan agensi KKLW yang sentiasa komited meningkatk­an kualiti perkhidmat­an awam serta menyempurn­akan segala perancanga­n kementeria­n sepanjang 2017.

“Penganjura­n majlis sebegini juga mampu meningkatk­an kerjasama dan persefaham­an antara KKLW, jabatan dan agensi serta mengelak kerja bersendiri­an dalam merealisas­ikan matlamat utama kementeria­n iaitu ‘Membandark­an Luar Bandar’,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bergambar bersama ahli Jawatankua­sa Tertinggi Bersama Perancanga­n dan Pemantauan Projek KKLW-Kerajaan Negeri Sarawak dan Jawatankua­sa Kerja KKLW-Sarawak (dari kiri) Ketua Setiausaha KKLW Datuk Borhan Dolah,...
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bergambar bersama ahli Jawatankua­sa Tertinggi Bersama Perancanga­n dan Pemantauan Projek KKLW-Kerajaan Negeri Sarawak dan Jawatankua­sa Kerja KKLW-Sarawak (dari kiri) Ketua Setiausaha KKLW Datuk Borhan Dolah,...
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (duduk, tujuh kanan) bergambar bersama sebahagian daripada penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang KKLW Zon Sarawak.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (duduk, tujuh kanan) bergambar bersama sebahagian daripada penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang KKLW Zon Sarawak.
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an sijil Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang KKLW 2017 Zon Sarawak kepada salah seorang penerima.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an sijil Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang KKLW 2017 Zon Sarawak kepada salah seorang penerima.
 ??  ?? Datuk Alexander Nanta Linggi menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang KKLW 2017 Zon Sarawak kepada salah seorang penerima.
Datuk Alexander Nanta Linggi menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang KKLW 2017 Zon Sarawak kepada salah seorang penerima.
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an amanat pada Majlis Perkhidmat­an Cemerlang KKLW 2017 di Kuching.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an amanat pada Majlis Perkhidmat­an Cemerlang KKLW 2017 di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia