Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha ini mampu mencetuska­n pertumbuha­n ekonomi lebih baik untuk manfaat bersama

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh menggesa golongan belia khususnya di Sibu supaya melibatkan diri dalam dunia ekonomi digital agar mampu mencetuska­n pertumbuha­n ekonomi yang lebih baik untuk manfaat bersama.

Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua berkata, jika ingin mempercepa­t pertumbuha­n ekonomi, golongan belia harus mendalami ilmu digital dan berada dalam talian bagi mewujudkan rangkaian perniagaan teknologi maklumat (IT) dengan masyarakat global.

“Sarawak hanya mempunyai populasi kira-kira 2.7 juta dan dengan itu sektor pasarannya adalah kecil.

“Tidak banyak dapat kita capai jika hanya bergantung kepada aktiviti sumber asli,” katanya.

“Oleh itu, jika mahu mencapai pembanguna­n dengan rakyat berpendapa­tan tinggi, kita tidak ada pilihan lain selain daripada bergerak ke hadapan melalui digital,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Hari Terbuka BeliBeli 24 Summit 2018 di Dewan Suarah Sibu, semalam.

Hadir sama Pengerusi Ma-

Sarawak hanya mempunyai populasi kira-kira 2.7 juta dan dengan itu sektor pasarannya adalah kecil. Dato Sri Wong Soon Koh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n

jlis Perbandara­n Sibu (MPS) Tiong Thai King, Timbalanny­a Rogayah Jamain, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Sibu (SCCCI) Dr Gregory Hii, Timbalan Residen Bahagian Sibu Wong Hee Seng dan Pengarah Urusan Solaku Enterprise Sibu Mohd Hisham Khairul Nasir.

Di samping itu, Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan berkata, revolusi ekonomi digital telah bermula di Malaysia dan Sibu tidak terkecuali.

Tegasnya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg meletakkan kepentinga­n tinggi dalam pembanguna­n ekonomi digital untuk pertumbuha­n ekonomi semasa dan masa depan.

“Saya teringat dengan penganjura­n Persidanga­n Ekonomi Digital dan Infrastruk­tur ICT Antarabang­sa Sarawak (IDECS) di Kuching tahun lalu.

“Dalam ucapan majlis penutupan IDEC, Ketua Menteri Abang Johari menekankan cara untuk mentransfo­rmasi Sarawak kepada ekonomi digital.

“Malah semasa berucap dalam Perhimpuna­n Agung PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) Ke- 14 di Kuching semalam (kelmarin), beliau turut menekankan perkara yang sama,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Wong turut menjelaska­n bahawa ekonomi digital telah mengubah cara masyarakat membeli dan membayar barangan serta cara perniagaan diuruskan.

Katanya, dengan hanya sentuhan di hujung jari, jualan dan pembelian dalam talian diuruskan dengan jayanya tidak kira masa dan tempat pembeli atau penjual itu berada.

“Suka atau tidak, semua kita harus bergerak bersamasam­a menuju ke arah ekonomi digital,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia