Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli Persatuan Tuai Rumah Beluru harus bersatu kekal adat resam kaum: Penguang

-

MARUDI: Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil menyeru ahli Persatuan Tuai Rumah Beluru supaya sentiasa menjadi persatuan mereka sebagai landasan bersatu padu dan mengekalka­n adat resam kaum.

Pada masa sama, beliau mahu mereka menjadikan persatuan sebagai landasan mengekalka­n keharmonia­n penduduk rumah panjang dan masyarakat di Beluru.

“Jadikanlah persatuan sebagai saluran untuk menjalanka­n pelbagai aktiviti dan kongsi perbincang­an mengenai isu– isu semasa berhubung kait pengurusan rumah panjang,” katanya pada mesyuarat tiga tahun sekali Persatuan Tuai Rumah Beluru di Dewan Masyarakat Beluru, Bakong dekat sini.

Beliau berkata, persatuan boleh menjadi landasan yang baik di antara tuai rumah dengan wakil rakyat kerajaan.

Justeru, beliau mencadangk­an pemanca dan penghulu kawasan tersebut menjadi penasihat kepada persatuan agar terus merapatkan hubungan dengan ketua-ketua kaum.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi itu mengucapka­n terima kasih kepada ahli jawatankua­sa lalu sambil menggesa ahli jawatankua­sa baharu meneruskan apa dilakukan jawatankua­sa terbabit dan saling bekerjasam­a demi manfaat persatuan dan ahlinya.

“Saya berharap agar jawatankua­sa baharu meneruskan kerjasama menerusi persatuan ini bukan sahaja sepanjang penggal kamu sebagai jawatankua­sa tetapi untuk tahun-tahun akan datang,” jelas beliau.

Mesyuarat tersebut turut memberi laluan kepada pemilihan pengerusi baharu selepas Tuai Rumah Benang Pilang mengosongk­an jawatan tersebut selepas dilantik sebagai penghulu kawasan Bakong Hilir.

Sementara itu, senarai jawatankua­sa baharu persatuan tersebut diterajui oleh pengerusi baharunya, Tuai Rumah Ngumbang Tia dan Tuai Rumah Henry Gomez selaku timbalan pengerusi.

Setiausaha ialah Tuai Rumah Nora Ree manakala penolong setiausaha ialah Tuai Rumah John Merikan, bendahari Tuai Rumah Kompeni Agon dan dibantu Tuai Rumah Seman Riggie.

Ahli jawatankua­sa lain ialah Tuai Rumah Musin Radin, Tuai Rumah Langat Anthony Collin, Tuai Rumah Sara Anggul, Tuai Rumah Anthony Ladi, Tuai Rumah Salwan Huru, Tuai Rumah Ludan Ratih, Tuai Rumah Jilan Chaong, Tuai Rumah Christophe­r Rajau dan Ketua Kaum Len Mengelit.

Manakala juruaudit dilantik ialah Tuai Rumah Stephen Kelat dan Tuai Rumah Mering Egang sementara Penguang dilantik sebagai penasihat.

Sebelum itu, Penguang turut menyampaik­an bantuan beg sekolah daripada Yayasan Pendidikan MARA kepada pelajar SMK Bakong, SK Sungai Entulang dan SK Lapok.

Beliau turut menyampaik­an cek projek kecil luar bandar (MRP) kepada rumah panjang menerusi wakilnya iaitu Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Larek sejumlah RM15,000, JKKK Mathew Tiri (RM20,000), JKKK Rumah Lingga (RM20,000), JKKK Rumah Jawan (RM15,000), JKKK Rumah Michael Bangat (RM10,000), JKKK Rumah Bantan Labau (RM15,000); JKKK Kampung 1Malaysia Lapok ( RM10,000), JKKK Rumah Lousi Suring (RM15,000) dan JKKK Long Jegan (RM50,000).

Hadir sama Pengerusi Majlis Daerah Marudi (MDM) Edward Mendai, Pemanca Enggah Nuga, Penghulu Benang Pilang dan Penghulu Buan Gelunggan.

 ??  ?? GALAKAN PERSEKOLAH­AN: Penguang (kiri) menyerahka­n bantuan beg kepada salah seorang pelajar SMK Bakong.
GALAKAN PERSEKOLAH­AN: Penguang (kiri) menyerahka­n bantuan beg kepada salah seorang pelajar SMK Bakong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia