Utusan Borneo (Sarawak)

Golongan wanita digalak menjaga kesihatan diri

-

MARUDI: Golongan wanita khususnya mereka di kawasan luar bandar amat digalak menjaga kesihatan diri dengan baik dan memanfaatk­an kemudahan hospital serta klinik kesihatan dibina di luar bandar untuk keperluan rawatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata kaum wanita perlu menitikber­atkan kesihatan sendiri dan seterusnya kepada ahli keluarga mereka.

“Sebagai wanita di luar bandar, mereka perlu sentiasa prihatin dengan aspek kesihatan diri dan keluarga dengan mengambil langkah pencegahan pelbagai jenis penyakit kerana mencegah itu adalah lebih penting dari- pada merawat,” katanya.

Menurut Dennis, dengan keadaan di luar bandar sesetengah­nya jauh dari pusat rawatan dan kesihatan maka langkah awal mencegah penyakit adalah amat penting.

“Sentiasa prihatin dan perbaiki keadaan kesihatan diri dan harus menggunaka­n kemudahan hospital, klinik kesihatan kerajaan serta membuat pemeriksaa­n kesihatan sekurang-kurangnya sekali atau dua tahun sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penangguha­n Program ‘ Wellbeing Of Woman’ (WOW) anjuran Pembanguna­n Wanita dan Keluarga Kawasan Parlimen (PWKK) Baram di Rumah Lalo Akang, Sungai Selejau Melikat di sini.

“Selain itu, kita juga mesti menjaga kecantikan diri atau keterampil­an diri masing-masing dengan pakaian sopan serta manis dipandang orang,” ujarnya.

Dennis juga mahu golongan wanita luar bandar sentiasa mengekalka­n kesopanan, sikap yang baik dan berbudi bahasa walau ke mana juga mereka pergi supaya boleh menjadi contoh kepada anak dan wanita lain.

Hadir sama Pengerusi Majlis Daerah Marudi Edward Mendai, Pengerusi Majlis Pembanguna­n Wanita dan Keluarga (MPWK) Baram Mujan Lah, Temenggung Elizabeth Deng serta Tuai Rumah Lalo Akang.

 ??  ?? RASMI: Dennis menyempurn­akan mekap seorang peserta, Lilian Baun semasa demonstras­i simbolik perasmian majlis tersebut.
RASMI: Dennis menyempurn­akan mekap seorang peserta, Lilian Baun semasa demonstras­i simbolik perasmian majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia