Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik perlu mendaftark­an anjing mereka dengan MBM

-

MIRI: Pemilik anjing perlu mendaftark­an anjing mereka dengan Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk tujuan rekod serta kawalan penyakit berjangkit melibatkan anjing.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata, ia penting untuk tujuan pengagihan vaksin secara percuma kepada anjing berdaftar.

“Jika mereka mendaftark­an anjing mereka, maka Perkhidmat­an Veterinar dapat menyediaka­n vaksin yang mencukupi mengikut rekod anjing berdaftar,” katanya semasa ditemui di sini semalam.

Sarawak katanya, satu-satunya negeri yang memberi vaksin rabies secara percuma kepada orang ramai yang memelihara anjing.

“Setiap tahun kerajaan negeri menyediaka­n vaksin percuma untuk mengawal penyakit anjing, lebih-lebih lagi ketika berhadapan wabak rabies ketika ini,” jelasnya.

Kawasan utara Sarawak katanya, masih bebas daripada rabies dan situasi itu perlu dikekalkan dengan melibatkan semua pihak termasuk pemilik anjing.

Pada masa sama, pemilik anjing harus memantau kesihatan anjing mereka bagi mengesan jika terdapat tandatanda dijangkiti rabies.

Ini termasuk anjing menjadi agresif serta tidak mengikut arahan pemiliknya, suka bersembuny­i di tempat gelap dan sejuk serta hilang nafsu makan.

Haiwan juga tidak dapat mengunyah dan menelan makanan sebab rahang bawah tidak dapat dikatup menyebabka­n air liur sentiasa meleleh.

Jenis haiwan yang boleh dijangkiti dan menjadi pembawa rabies adalah anjing, kucing, kelawar, musang dan kera.

“Jika digigit haiwan yang disyaki dijangkiti rabies, individu itu perlu mencuci luka gigitan secepat mungkin dengan sabun atau detergen selama lima hingga 10 minit dengan air bersih,” jelasnya.

Terdahulu, Sebastian menghadiri program vaksinasi rabies di Dewan Suarah Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia