Utusan Borneo (Sarawak)

Unit Udara JBPM hantar 14 tan bekalan makanan ke Nanga Tau

-

SIBU: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak melakukan penghantar­an kira- kira 14 tan bekalan makanan kelmarin, sekali gus membawa kelegaan kepada 3,861 mangsa banjir di Nanga Tau, Tatau.

Pengarah JBPM Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata, bekalan makanan itu dihantar dari Dewan Sukan Tatau ke tiga pangkalan utama iaitu Rumah Dilang, Rumah Thomas dan Rumah Barat yang melibatkan 672 pintu secara keseluruha­n.

Antara agensi kerajaan yang turun padang menghulurk­an bantuan adalah polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM), RELA dan tentera, katanya.

“Penggunaan helikopter meningkatk­an mekanisme penghantar­an bomba kerana makanan perlu dihantar dengan segera kepada mangsa banjir di pelbagai daerah di Sarawak, terutama kawasan yang terputus hubungan jalan raya.

“Penghantar­an bekalan makanan menjadi lebih cekap, tetapi ramalan air naik dan kemungkina­n kawasan yang dilanda banjir adalah faktor kritikal,” kata Nor Hisham kepada pemberita ketika dihubungi semalam.

Oleh itu, beliau menjelaska­n mengapa bot menjadi mod pengangkut­an utama untuk menghantar bekalan makanan dan menyelamat mangsa banjir.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada bomba menggunaka­n pengangkut­an helikopter untuk menghantar bekalan makanan ke kawasan banjir yang terputus hubungan.

Beliau turut memberitah­u, Unit Udara JBPM Sarawak ditubuhkan pada 2013 dan kini dilengkapi dua helikopter.

Pada masa ini katanya, satu unit helikopter tersebut digunakan untuk operasi manakala seunit lagi sebagai persediaan.

“Selama bertahun-tahun, saya percaya kami melakukann­ya dengan baik dan lebih cekap.

“Keputusan untuk membentuk unit udara adalah keputusan yang tepat dan langkah strategik oleh jabatan,” kata Nor Hisham.

 ??  ?? LEBIH CEKAP: Bomba menggunaka­n helikopter untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di kawasan yang terputus hubungan.
LEBIH CEKAP: Bomba menggunaka­n helikopter untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di kawasan yang terputus hubungan.
 ??  ?? NOR HISHAM
NOR HISHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia