Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa kebakaran Rumah Alo terima sumbangan berjumlah RM270,000

- Oleh Frankie Junau

KUCHING: Penderitaa­n mangsa kebakaran Rumah Alo, Nanga Ngemah Ili, Lemanak Lubok Antu mendapat perhatian dua wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak serta Menteri Muda Industri dan pelaburan Malcom Mussen Lamoh.

Ketika melawat mangsa kebakaran, Nyalau dan Mussen masing-masing memperuntu­kkan wang tunai berjumlah RM35,000 kepada kesemua mangsa kebakaran seramai 31 pintu.

Sebagai tambahan, Nyalau turut mengumumka­n pemberian dana berjumlah RM200,000 lagi sebagai dana untuk mangsa membeli bahan binaan untuk mendirikan rumah panjang baharu menjadikan jumlah keseluruha­n ialah RM270,000.

“Selain itu, saya bersama Mussen turut menyerahka­n bantuan segera berupa bantuan makanan dan keperluan asas lain kepada kira-kira 151 mangsa kebakaran tersebut,” kata Nyalau ketika menghubung­i Utusan Borneo.

Bercakap lanjut, Nyalau menasihati orang ramai terutama penduduk rumah panjang agar berhati-hati dengan punca yang boleh menyebabka­n kebakaran.

“Memang malang itu tidak berbau termasuk kebakaran namun kita harus sentiasa berwaspada dengan punca kebakaran terutama peralatan elektrik kerana karam di air mungkin kita masih berharta....namun karam di darat hilang segalanya,” katanya.

Sehubungan itu, Nyalau meminta semua mangsa kebakaran di Rumah Alo ber- sabar menghadapi dugaan kerana pasti ada hikmah atas segala kejadian dan tidak saling menyalahka­n semasa sendiri.

“Paling penting kerajaan Barisan Nasional tidak sesekali mengabaika­n keperluan semua mangsa kebakaran dan akan membantu semampu yang mungkin,” katanya.

Terdahulu, Rumah Alo musnah sama sekali selepas dijilat api dalam kejadian kira-kira jam 9 malam dipercayai berpunca daripada jana kuasa selepas kali pertama pada 1990.

 ??  ?? BERKONGSI KESEDIHAN: Nyalau dan Mussen mendengar cerita daripada Alo tentang kebakaran itu sambil diperhatik­an yang lain.
BERKONGSI KESEDIHAN: Nyalau dan Mussen mendengar cerita daripada Alo tentang kebakaran itu sambil diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia