Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Tanjong Pedada menarik nafas lega banjir mulai surut

-

MUKAH: Penduduk di Tanjong Pedada di sini menarik nafas lega setelah banjir mulai surut.

Timbalan Wali Kota Majlis Daerah Dalat Mawar Awang berkata air surut sejak petang Sabtu lalu dan berharap keadaan berterusan seperti itu.

“Air sudah surut sejak petang Sabtu lalu (kelmarin) dan kita harap akan terus surut secepat mungkin,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Menurutnya, beliau dan penduduk di Tanjong Pedada berharap keadaan banjir reda dan kembali seperti biasa.

“Apabila banjir reda, semua penduduk di sini (Tanjong Pedada) tidak risau dan boleh menjalanka­n aktiviti seperti biasa,” jelasnya.

Kerisauan penduduk Tanjong Pedada mengenai banjir jelas ketika mereka turut meminta membina Dewan Serba Guna di kawasan terbabit.

Ini bertujuan untuk perpindaha­n penduduk di kawasan itu sekiranya diperlukan untuk berbuat demikian.

Penduduk di kawasan itu juga khuatir keadaan jalan raya mereka turut kerap ditenggela­mi air ketika musim bah.

Kedua-dua perkara itu su- dahpun dikemukaka­n kepada pihak berkuasa berkaitan.

“Hal mengenai naik taraf jalan raya dan pembinaan dewan serba guna sudah kita ajukan kepada pihak berkenaan,” katanya.

Sekitar 1,800 penduduk di Tanjong Pedada terjejas akibat banjir melanda kali kedua tahun ini iaitu merangkumi 18 rumah panjang, sebuah kampung dan dua sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia