Utusan Borneo (Sarawak)

SEDC meraikan pelatih Pusat PIBAKAT sempena Tahun Baharu Cina

-

KUCHING: Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) membawa sorakan perayaan kepada pelatih di Pusat PIBAKAT, Jalan Ridgeway di Jalan Ong Tiang Swee, sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, di sini semalam.

SEDC melakukann­ya sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) di bawah Program Love-In-A-Box untuk memberi peluang kepada para pelatih merasa kemeriahan dan keseronoka­n perayaan tersebut.

Program ini juga merupakan sebahagian daripada siri inisiatif yang dijalankan oleh SEDC pada musim perayaan bagi mereka yang kurang bernasib baik atau cacat fizikal.

“Pihak SEDC yakin bahawa kerjasama kami dengan PIBAKAT, akan membawa kegembiraa­n dan senyuman kepada kanak-kanak dalam meraikan Tahun Baharu Cina nanti,” kata Pengerusi SEDC Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Datuk Husain.

Aziz menambah, selaras dengan visi dan misi SEDC sebagai salah satu agensi kerajaan negeri yang memacu kestabilan dan kesejahter­aan rakyat Sarawak secara amnya, adalah tanggungja- wab pihaknya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat setempat.

Setelah diadakan setiap tahun dengan anak- anak dari Kampung Sinar Baru, Persatuan Sarawak untuk Kebajikan Anak Kurang Upaya Intelek ( PERKATA) dan Persatuan Autistik Kuching (KAA), tahun ini, kumpulan sasaran SEDC adalah 145 pelatih PIBAKAT.

Para tetamu dan kanakkanak, berusia dari satu hingga 34 tahun disambut dengan persembaha­n tarian singa dan pentas panggung kemudian diikuti jamuan the (hi-tea).

Kesemua 145 pelatih menerima hadiah Tahun Baharu Cina awal mengikut kehendak mereka seperti angpau, beg pakaian, alat tulis, mainan pendidikan dan banyak lagi sumbangan SEDC.

Turut hadir Timbalan Pengurus Besar SEDC (Sektor Perkhidmat­an Korporat) Rakayah Hamdan, Timbalan Pengurus Besar SEDC (Sektor Perdaganga­n, Pasukan Pengurusan SEDC) Edwin Abit.

 ??  ?? KEBAJIKAN: Aziz menyampaik­an hadiah Tahun Baharu Cina kepada salah seorang penerima PIBAKAT di Kuching.
KEBAJIKAN: Aziz menyampaik­an hadiah Tahun Baharu Cina kepada salah seorang penerima PIBAKAT di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia