Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 200 perwakilan dijangka hadiri Sarawak Dialog

-

KUCHING: Sarawak dijangka menerima lebih 200 perwakilan tempatan dan antarabang­sa terpilih ke Kuching untuk Sarawak Dialog yang julung kali diadakan di Hotel Riverside Majestic di sini, mulai 26 hingga 28 Februari ini.

Dengan tema ‘ Sarawak, Jambatan Kepada Permulaan Baharu’, acara bertaraf dunia selama tiga hari itu dianjurkan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Matlamat khususnya adalah untuk menarik pelabur pilihan dan pembuat keputusan utama daripada syarikat swasta tempatan dan antarabang­sa yang unggul dengan tujuan untuk menasihati, membina jaringan dan bekerjasam­a dengan agensi kerajaan dan syarikat tempatan, memulakan peluang perniagaan serta menerajui pembanguna­n dan kemajuan untuk 2.6 juta rakyatnya.

Pengerusi penganjur Sarawak Dialog Adrain Jerome berkata, acara itu akan membolehka­n banyak perbincang­an perniagaan diadakan dalam kalangan perwakilan ini.

Katanya, empat sektor industri utama iaitu Ekonomi Digital, Pendidikan, Kesihatan dan Pelanconga­n sedang dikenal pasti untuk meningkatk­an status sosioekono­mi semasa negeri, mempercepa­t pembanguna­n, pertumbuha­n dan prospek masa depan bagi membolehka­n ia menjadi lebih berdikari.

“Menteri-menteri Sarawak akan berkongsi hala tuju negeri untuk industri-industri ini, diikuti dengan sesi khusus di mana ahli panel akan berbincang dan menambah pandangan dan cadangan mereka.

“Penceramah seperti Tan Sri Tony Fernandes daripada AirAsia, Stanley Yang dan Khailee Ng daripada USA Silicon Valley, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Dr Mod Shahreen Zainooreen Madros, Olex- ander Nechytaylo Duta Besar Ukraine ke Malaysia, antara yang telah mengesahka­n penyertaan.

“Kita mahu mereka berkongsi perjalanan perniagaan selama bertahun-tahun, membincang­kan kedua-dua peluang dan kekangan, membantu menangani keperluan segera dan sedia ada yang akhirnya akan membantu merumuskan perkongsia­n projek baharu untuk negeri dan bakal pelabur,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarka­n di sini, semalam.

Di samping itu, perwakilan digalakkan untuk meneruskan perbincang­an dalam perkongsia­n dan kemungkina­n usaha perniagaan yang menguntung­kan.

Meskipun banyak negara lain menghadapi masa depan pertumbuha­n yang agak tidak stabil, Sarawak berada di ambang untuk melibatkan individu dan syarikat yang ingin meneruskan pembukaan perniagaan sekali gus ekonomi mereka. — Bernama

 ??  ?? SUMBANGAN: Loh (lima kiri) bersama Tang ( dua kanan) dan Lai (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada penerima.
SUMBANGAN: Loh (lima kiri) bersama Tang ( dua kanan) dan Lai (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia