Utusan Borneo (Sarawak)

Buru hidupan liar, termasuk ular perlu lesen sah, kata NRE

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) menasihatk­an orang ramai agar mengelak daripada menangkap, menjinakka­n serta menghalau hidupan liar, sebaliknya mereka yang mahu berbuat demikian perlu melakukann­ya dengan cara sah dan mematuhi perundanga­n.

NRE dalam satu kenyataan berkata pemburuan hidupan liar adalah dibenarkan, namun perlu dilakukan secara terkawal melalui pengambila­n lesen memburu hidupan liar yang dikeluarka­n Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Merujuk kejadian seorang lelaki, Zaim Khalis Kosnan, 35, maut dibelit ular sawa ditangkapn­ya dalam kejadian dj Jalan Haji Ibrahim, Jenjarom, Selangor pada 28 Jan lalu, kementeria­n berkenaan menjelaska­n sebarang aktiviti menangkap atau menyimpan hidupan liar itu juga memerlukan lesen yang sama.

“Insiden berlaku ketika mangsa sedang memegang seekor ular sawa sambil membawa motosikal menuju ke rumahnya, namun di pertengaha­n jalan, ular itu membelit mangsa yang menyebabka­n mangsa sesak nafas dan akhirnya meninggal dunia,” menurut kenyataan itu.

Kementeria­n itu berkata ular sawa merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716), dan haiwan itu mempunyai sifat semula jadi dengan bertindak secara refleks mempertaha­nkan dirinya dengan membelit apabila diancam atau akibat tindakan provokasi.

Kementeria­n itu berkata orang ramai diharap dapat terus memberi sokongan dan membantu dengan menjadi ‘mata dan telinga’ PERHILITAN melalui penyaluran maklumat dalam usaha melindungi khazanah negara daripada diancam kepupusan.

Mereka yang ingin menyalurka­n maklumat boleh berbuat demikian melalui talian hotline 1-800-88-5151 atau e- aduan melalui laman web www.wildlife.gov. my, menurut kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia